Pemilik kedai kena kompaun sebab buka mask waktu pelanggan tiada di kedai untuk minum air

Pemilik kedai kena kompaun sebab buka mask waktu pelanggan tiada di kedai untuk minum air

Setahun selepas wabak COVID-19 menyerang Malaysia, nampaknya masih terdapat individu yang mengingkari arahan SOP yang ditetapkan pihak kerajaan.

Walau bagaimanapun, lain ceritanya pada kali ini apabila sebuah kedai di Johor Bahru dikatakan telah dikompaun oleh pihak penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor kerana tidak memakai pelitup muka sewaktu ketiadaan pelanggan.

Menurut Hong Chee Sheng selaku pekedai, beliau telah menanggalkan pelitup muka buat sementara waktu di mana pada ketika itu tiada pelanggan di kedai. Nasib malang menimpanya apabila beliau pada ketika itu telah dirakam oleh seorang lelaki di luar premis sebelum dikenakan kompaun.

Ironinya, bukan sahaja beliau yang dikenakan kompaun malah isteri beliau yang membuka pelitup muka untuk meminum air di belakang kedai turut dikenakan kompaun. Pasangan ini telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 setiap seorang mengikut Peraturan 15 PPPPB (LDKTJ) (Kawalan Pergerakan) 2021.

Berikutan kompaun yang diterima, pekedai ini memaklumkan Harian Metro di mana beliau tidak dapat tidur malam memikirkan kesalahan yang dikenakan. Difahamkan jumlah yang dikenakan sangat besar buat mereka khususnya pada keadaan ekonomi yang tenat ketika ini.

Sementara itu, KPDNHEP negeri Johor dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya mengambil maklum tentang isu dua kompaun yang dikeluarkan oleh pegawai penguat kuasanya terhadap peniaga terbabit. Pihak KPDNHEP juga sedia menghubungi peniaga berkenaan perkembangan isu ini.

Berita penuh : https://www.thevocket.com/sekadar-mahu-minum-air-pemilik-kedai-di-johor-ini-dikompaun-sewaktu-ketiadaan-pelanggan/