Pemilihan Timbalan Speaker bakal curi perhatian sidang parlimen hari ini

MP

Persidangan Dewan Rakyat esok akan menumpukan kepada pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Berdasarkan aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat, persidangan akan bermula dengan sesi pertanyaan menteri dan jawab lisan pada pukul 10 pagi.

Selepas itu, usul pertama dalam aturan urusan mesyuarat adalah memilih seorang Timbalan Speaker bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Datuk Seri Azalina Othman Said yang meletak jawatan pada 23 Ogos lalu.

Pemilihan Timbalan Speaker bakal curi perhatian sidang parlimen hari ini

Undian akan diadakan selepas blok kerajaan mengetengahkan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai calon manakala Pakatan Harapan (PH) menamakan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming yang juga bekas Timbalan Speaker.

Selepas itu, Menteri Dalam Negeri akan membentangkan usul berkaitan keselamatan persidangan Parlimen, usul yang dibentangkan setiap kali pembukaan sidang Parlimen.

Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun akan membentang usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi membolehkan ahli Parlimen memulakan sesi perbahasan Titah Diraja yang akan diadakan dua hari.

Perbahasan Titah Diraja dimulakan pada minggu hadapan, diikuti dengan jawapan menteri-menteri.

Pembentangan dan perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) akan diadakan pada minggu ketiga persidangan.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/parlimen-pemilihan-timbalan-speaker-jadi-tumpuan-esok/

BACA JUGA : Dilema terpaksa pilih antara dua wanita, lelaki ini akhirnya lambung syiling

COMMENTS