Pemetik sayur ditawar gaji RM7,000 sebulan

Sebuah syarikat pertanian menawarkan gaji sehingga £62,000 (RM355,381) setahun untuk pemetik sayur-sayuran di sebuah ladang kubis di Lincolnshire, England, lapor akhbar Metro UK, semalam.

Iklan bagi pekerjaan sepanjang tahun itu telah dihebahkan secara online oleh T H Clements dan Son Ltd. dengan gaji £30 (RM171) bagi setiap satu jam.

Mengikut perkiraan berdasarkan gaji per jam, pemetik kubis akan menerima bayaran sebanyak £240 (RM1,375) sehari, £1,200 (RM6,878) sebulan dan membawa jumlah gaji setahun mencecah RM355,381.

Pemetik sayur ditawar gaji RM7,000 sebulan

Tawaran ini dianggap lumayan berikutan krisis pengambilan pekerja luar Britain yang berdepan kesukaran sejak pandemik Covid-19 dan Brexit. 

Bagaimanapun, peranan itu dibayar mengikut hasil sayuran yang diperoleh setiap hari.

Gaji pekerja akan bergantung kepada berapa banyak sayur-sayuran berjaya dipetik secara keseluruhan.

Ini bermakna tidak ada pekerja yang boleh menerima gaji tertinggi secara konsisten dalam setahun.

Walaupun begitu, tawaran gaji yang dianggap lumayan ini menunjukkan skala krisis pengambilan pekerja tempatan dalam industri pemetik buah dan sayuran disebabkan Covid-19 dan Brexit.

Sebelum ini, kebanyakan ladang bergantung kepada sebilangan besar pekerja dari Eropah Timur tetapi peraturan imigrasi baharu menjadikan kemasukan warga asing lebih sukar.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/25/ladang-sayuran-tawar-gaji-pemetik-kubis-rm7000-sebulan/

BACA JUGA : PM percaya boleh beri kelonggaran rentas negeri beberapa minggu lagi

COMMENTS

Wordpress (0)