Pemenang pingat emas Olimpik tidur di taman ini punca sebenar terdedah

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Menang pingat emas di Olimpik bukan mudah. Hanya yang berusaha secara konsisten bertahun-tahun sahaja yang mampu mencapainya.

Memetik Bh Online, baru-baru ini tular gambar pemenang pingat emas Olimpik 2024, Thomas Ceccon yang terpaksa tidur di taman kerana tidak tahan dengan keadaan bilik di Paris.

Perenang Itali yang memenangi acara 100 meter kuak lentang minggu lalu mendakwa, sukar untuk tidur di bilik yang disediakan penganjur di perkampungan sukan itu kerana terlalu panas.

“Tiada pendingin hawa di perkampungan sukan, ia panas, dan makanannya tidak sedap. Ia realiti yang tidak semua orang tahu.

“Di rumah, saya selalu tidur di waktu tengahari, di sini amat sukar kerana keadaan panas dan bising,” kata Ceccon.

Pemenang pingat emas Olimpik tidur di taman ini punca sebenar terdedah

Ceccon – yang sebelum ini tular kerana kekacakannya – sekali lagi menarik perhatian peminat apabila gambarnya tidur di atas rumput tular di media sosial.

Gambar Ceccon tidur di taman itu diambil oleh Atlet Arab Saudi, Husein Alireza yang melihatnya lalu memuat naik gambar diambilnya di Instagram.

Bekas perenang Olimpik, James Magnussen turut mengkritik Perkampungan Sukan di Paris, yang didakwanya terlalu ‘mesra alam’ sehingga menyukarkan atlet untuk memecahkan rekod dunia.

Magnussen memenangi emas, perak dan gangsa di Olimpik 2012 dan 2016 sebelum bersara pada tahun 2019.

Menurutnya, perkampungan sukan Olimpik Paris yang mengutamakan mentaliti mesra alam dan pemakanan vegetarian – menjejaskan persembahan atlet di temasya berkenaan.

“Ada beberapa faktor yang menyukarkan keadaan di perkampungan sukan. Katil kadbod membuatkan tidur anda terganggu.

“Tiada pendingin hawa di bilik juga memberikan kesan. Pasukan Australia membawa masuk pendingan hawa mudah alih mereka sendiri.

Baca; Tular papan tanda bahasa melayu terpacak elok di Korea raih perhatian ramai