Pembunuh bersiri berjaya lepas dari lokap polis, akhirnya mati dicekik penduduk

Pembunuh bersiri berjaya lepas dari lokap polis, akhirnya mati dicekik penduduk. Penduduk di sebuah kampung telah membelasah seorang pembunuh bersiri yang berjaya meloloskan diri dari sel polis di dua hari lalu.

Masten Wanjala telah dijejaki oleh penduduk kampung di sebuah rumah di pekan Bungoma yang kemudiannya memukulnya hingga mati.

Pihak berkuasa telah melancarkan gerakan besar-besaran bagi mengesan Wanjala yang mengaku telah membunuh lebih 10 remaja dalam tempoh lima tahun.

Dia juga mengaku memberi mereka dadah dan dalam beberapa kes, Wanjala meminum darah mereka.

Lelaki yang menjadi buruan itu dilaporkan pulang ke kampung orang tuanya dan kemudian dicekik oleh jiran yang mengetahui dia ada di sana, kata seorang saksi kepada akhbar Kenya’s Standard.

Wanjala yang cuba bersembunyi di sebuah rumah berhampiran kediaman ibu bapanya untuk mengelakkan kehadirannya diketahui orang ramai.

Lelaki ini yang menyamar sebagai jurulatih bola sepak untuk memikat mangsa ke kawasan terpencil, lalu menyerang mereka.

Dalam beberapa kes, dia menjadikan mereka sebagai tebusan.

Setelah ditangkap pada bulan Julai lalu, dia membawa polis ke tempat pengkebumian mangsa-mangsanya.

Tiga pegawai polis yang bertugas ketika dia melarikan diri pada hari Rabu lalu telah dituduh membantunya melarikan diri.

Polis menyedari Wanjala tiada di sel ketika waktu pagi.

BACA JUGA : Panas !!! PRN Melaka : Zahid dan Tok Mat tidak sehaluan?

Artikel ini disiarkan pada 16/10/2021

COMMENTS