Pembuli boleh dipenjara sehingga 10 tahun, denda RM715K

Pembuli kini boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sebanyak RM715,000 jika didapati bersalah melakukan jenayah buli.

Perancis dilaporkan telah menggubal satu undang-undang baharu berkaitan kes buli di sekolah bermula Februari tahun depan. Ia menjadi kesalahan jenayah yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun.

Memetik laporan Vice, undang-undang baharu itu dibentangkan selepas beberapa kes buli yang tragik menjadi tajuk utama di negara itu dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Ahli parlimen Perancis dikatakan telah mengundi undang-undang itu minggu lalu dan majoriti pakatan pemerintah Presiden Emmanuel Macron menyokong usaha tersebut.

Pembuli boleh dipenjara sehingga 10 tahun, denda RM715K

Difahamkan, undang-undang itu akan terpakai kepada kanak-kanak dan orang dewasa di sekolah dan universiti.

Menerusi undang-undang itu, pesalah boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun dan denda sehingga €45,000 (RM214,523). Manakala, jika mangsa membunuh diri, hukuman boleh meningkat kepada 10 tahun dengan denda sehingga €150,000 (RM715,077).

Undang-undang itu telah diluluskan oleh dewan rendah Parlimen Perancis, Perhimpunan Kebangsaan pada Rabu dan kini perlu diluluskan Dewan Negara.

Tindakan buli telah memberi kesan kepada 700,000 kanak-kanak di sekolah Perancis setiap tahun. Sebagai contoh, seorang pelajar berusia 14 tahun dilaporkan telah membunuh diri selepas dibuli di sekolahnya pada Oktober lalu.

BACA JUGA : Lelaki Rohingya bergelar ‘Long Tiger’ berjaya lolos lokap mahkamah
Panas !!! Zahid kecewa, bangun tinggal mesyuarat MT

CATEGORIES