Pembelian panik, rakyat Indonesia berebut ‘susu beruang’

Jika roti Gardenia menjadi rebutan rakyat Malaysia semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas, penduduk Indonesia berebut susu steril Bear Brand keluaran Nestle Indonesia semasa menjalani perintah sekatan aktiviti masyarakat (PPKM) darurat di negara itu ketika ini.

Menurut laman berita Suara.com hari ini, klip video yang tular, memaparkan aksi sebilangan pembeli sedang berebut untuk membeli susu jenama itu di sebuah pasar raya.

Video yang memaparkan aksi sebilangan pembeli sedang berebut untuk membeli susu Bear Barand di sebuah pasar raya di Indonesia. 

Mereka berlari-lari sambil berebut memasukkan sekotak susu itu dan diletakkan ke dalam troli belah-belah.

Video itu mendapat perhatian pihak Nestle Indonesia yang kemudiannya memberi jaminan bahawa stok susu Bear Brand tidak akan habis.

“Masyarakat tidak perlu panik kerana stok susu Bear Brand akan diedarkan dengan lancar kepada pembeli kerana buat masa ini, semua kilang dan pusat pengedaran kami tetap beroperasi.

“Kami akan melakukan yang terbaik untuk memenuhi permintaan pengguna dan akan mengoptimumkan kapasiti pengeluaran produk-produk kami, terutamanya susu Bear Brand,” kata Ketua Komuniksi Korporat Nestle Indonesia, Stephen.

Selain Bear Brand, Stephen turut memberi jaminan bahawa produk-produk lain keluaran Nestle Indonesia akan kekal mencukupi termasuk susu Dancow dan Milo.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/04/jangan-panik-stok-susu-beruang-masih-banyak/

BACA JUGA : Gempar !!! Umno bakal jadi PM dalam jajaran baharu, kata sumber

CATEGORIES