Pembelian Panik Malam Tadi Setelah Dengar Ada “Pengumuman Besar” Dari PM…

Suasana pembelian panik malam tadi sekitar 8 malam dilihat begitu kritikal kerana sejak jam 6 petang orang ramai dimaklumkan ada “pengumuman besar” oleh PM jam 10 malam.

Setelah digembar-gemburkan kononnya akan berlaku “Lockdown” makluman “Pengumuman Besar” tersebut ternyata mengundang rasa risau dalam kalangan rakyat malam tadi sehingga tercetus pembelian panik bermula selepas maghrib.

Beberapa pasaraya yang dikunjungi menyaksikan orang ramai terpaksa beratur panjang untuk membayar sementara stok barangan di rak-rak mula kosong.

Namun begitu, orang ramai dinasihatkan supaya tenang dan berhenti melakukan pembelian panik berikutan kebimbangan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia, yang sehinggga Ahad mencecah 428 kes.

Meski pun wabak terbabit diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), namun para saintis berjaya mengenal pasti virus berkenaan dalam tempoh dua minggu pertama penularannya dan beberapa hari kemudian ujian untuk mengesan virus itu sudah tersedia.
Senario ini memberi keyakinan kepada dunia bahawa para saintis barangkali mampu mencari formula vaksin kepada virus itu, berbanding virus-virus lain yang sebelum ini terpaksa mengambil masa berbulan-bulan untuk dikenal pasti.

Selain itu, penularan wabak tersebut di Malaysia masih di peringkat awal dan terkawal.

Pembelian berlebihan ini bukan sahaja menyebabkan orang lain tidak berpeluang mendapatkan barangan keperluan mereka sebaliknya juga menyusahkan para pembekal.

Berikut adalah LIMA sebab penting mengapa tidak perlu membuat pembelian panik:

1. Stok barangan kawalan, makanan dan barangan asas mencukupi untuk kegunaan rakyat Malaysia.

2. Jika berlaku ‘Lockdown’ ataupun sekatan keluar masuk, anda masih boleh keluar untuk membeli barangan ‘keperluan’ sahaja.

3. Stok akan cukup untuk semua jika kita bekerjasama dan menyimpan stok akan merugikan pihak lain.

4. Membeli berlebihan boleh merugikan kerana barangan ada tempoh hayat.

5. Pembelian panik mendedahkan pengguna kepada manipulasi dalam pasaran.

Perdana Menteri telah mengumumkan Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac hingga 21 Mac di seluruh negara.

Pencegahan dan Pengawalan Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi beberapa perkara.

COMMENTS

Wordpress (0)