Pembelajaran Hadis 40 Imam Nawawi hanya untuk guru dan murid Islam sahaja – KPM

Pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi disasarkan kepada guru dan murid beragama Islam sahaja, kata Kementerian Pendidikan Malaysia.

Menurutnya, Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah bertujuan untuk memupuk semangat ihsan,

kasih sayang dan untuk memperkasakan kefahaman agama dalam kalangan guru dan murid beragama Islam.

Pembelajaran Hadis 40 Imam Nawawi hanya untuk guru dan murid Islam sahaja - KPM

“Inisiatif ini diharapkan mampu melahirkan generasi anak yang baik lagi cerdik seterusnya mengangkat karamah insaniah berdasarkan tiga elemen utama iaitu adab, akhlak dan integriti

“KPM sentiasa berusaha menerapkan nilai-nilai murni yang merangkumi elemen perpaduan, silang budaya, kepelbagaian agama dan saling menghormati antara kaum dalam setiap inisiatif yang dilaksanakan di institusi-institusi pendidikan bawah kelolaannya.,” katanya dalam satu kenyatan di sini hari ini.

Baca Artikel Penuh