Pemangku Sultan Johor miliki Bugati Chiron paling eksklusif di dunia

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, baru-baru ini mengumumkan salah satu koleksi kereta mewahnya.

Melalui hantaran di Instagram Story, kereta mewah miliknya adalah edisi pertama daripada syarikat automobil mewah, Bugatti.

Kenyataan itu terdapat pada plat yang dipercayai dilekatkan pada kenderaannya yang dikeluarkan oleh syarikat Perancis tersebut.

Pemangku Sultan Johor miliki Bugati Chiron paling eksklusif di dunia

“Bugatti Automobiles S.A.S, Molsheim, France. 1 daripada 500. DYMM Tunku Mahkota Johor,” tulis plat yang dimuat naik sendiri oleh TMJ.

Reka bentuk dalaman kereta jenis Chiron Super Sport itu turut dilengkapi dengan ciri khas yang memenuhi citarasa pemiliknya.

Sebagai satu-satunya di dunia, kereta milik TMJ ini dihias khusus dengan tema warna biru yang melambangkan negeri Johor Darul Ta’zim.

Warna biru tersebut terlihat memperindah tempat duduk yang diperbuat daripada kulit, stereng, gear, bahagian tepi pintu, enjin, dan sayap belakang kereta.

Seperti kereta lumba, Chiron Super Sport ini dilengkapi dengan kuasa pecutan tinggi dan mampu mencapai kelajuan sehingga 440 kilometer sejam.

Meskipun dengan harga yang tinggi, kenderaan mewah ini juga dilengkapi dengan enjin jenis W1600 dan empat turbo cas berkuasa tinggi.

BACA: “Suami tersalah hantar whatsapp, ayat dari wasap tu rasa macam dia dah kahwin lain, siap ada anak lagi, bila tanya dia ada anak lain ke, baik dia spin”