Pemandu Viva lawan arus tampil beri penjelasan

Pemandu Perodua Viva yang memandu secara melawan arus di Bulatan Medini, di sini, kelmarin, mendakwa dia keliru dengan laluan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, alasan itu diberi pemandu berusia 34 yang juga warganegara ketika memberi keterangan di Balai Polis Trafik di sini, petang semalam.

Katanya, polis memperoleh nombor telefon pemilik kereta itu dan meminta dia hadir ke Balai Polis Trafik untuk memberi keterangan.

Pemandu Viva lawan arus tampil beri penjelasan

“Siasatan awal mendapati pemandu yang memandu kereta pada hari kejadian adalah sepupu kepada pemilik kenderaan itu. Polis meminta pemandu pada hari kejadian untuk hadir ke Balai Polis Trafik dan memberi keterangan.

“Dia mengaku memandu kereta secara melawan arus di Bulatan Medini pada 6 September lalu yang boleh mendatangkan bahaya kepada dirinya serta pengguna jalan raya lain.

“Dia ditahan dan kereta disita. Ujian air kencing mendapati dia negatif dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dzulkhairi berkata, satu saman dikeluarkan kepada pemilik kenderaan atas kesalahan membenarkan memandu tanpa lesen.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan merbahaya.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/752289/pemandu-viva-dakwa-melawan-arus-kerana-keliru

BACA JUGA : Undi Percaya : Perlu ada titah rasmi Agong untuk batalkan titah terdahulu