Pemandu mabuk : Zaman PH mufti kecoh, zaman PN mufti membisu

Dulu(zaman kerajaan PH) masa kes pemandu mabuk bising dan kecoh mufti dan kawan-kawannya.

Tapi bila sampai zaman kerajaan PN tak sampai 4 bulan memerintah bukan mabuk biasa-biasa, sampai bazar pun mereka rempuh tapi mufti dan kawan-kawan masih lagi diam.

PAS dengan UMNO saya dah malas nak usik bab ini sebab mereka memang orang politik. Asal boleh dibuat isu mereka akan pukul rata.

Kilang arak, isu sekolah 1 aliran, RUU 355, bila-bila pun mereka tak buat. Bukan kerana tak mampu, tapi sebab bersorak untuk dapat sokongan. Bila dah ada kuasa mereka diam dan beralasan.

Muhammad Syafiq Azmi

Sumber: