Pemandu disiasat dan kena tindakan tatatertib hanya kerana keretapi laju dipandu lewat seminit

Baru-baru ni kecoh kes pemandu shinkansen (keretapi laju Jepun) yang tinggalkan kabin selama 3 minit sebab sakit perut nak pergi tandas.

Isu berbangkit sebab shinkansen tu tengah berada di kelajuan 150km/j dengan muatan 160 orang penumpang dan yang gantikan dia masa dia pergi tandas tu adalah konduktor yang tak ada lesen untuk kendalikan Shinkansen.

Salah?
Memang salah sebab bahaya kan.

Tapi, tiada kemalangan berlaku dan semua 160 orang penumpang sampai ke destinasi dengan Selamat. In fact, penumpang pun tak tahu apa yang berlaku rasanya.

Benda ni kantoi sebab shinkansen sampai SATU MINIT lewat dekat destinasi. Jangan main-main eh, shinkansen seminit lewat dekat Jepun ni memang isu besar.

Walaupun tak ada kemalangan, pemandu & konduktor disiasat dan diambil tindakan. Laporan dibuat ke Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan sebab benda ni dah langgar undang-undang dan protokol. SOP diperketatkan.

Kementerian terus buat Press Conference dan minta maaf dan kecewa atas apa yang berlaku sebab shinkansen ni bawa nyawa orang.

Tak boleh bayangkan kalau ada yang meninggal atau cedera dalam insiden tu…. rasanya pemandu, konduktor, pegawai tertinggi JR Railway sampai ke menteri terlibat akan letak jawatan.

Ya, di Jepun tanggungjawab dipegang dengan penuh amanah. Tak boleh tidak. Mungkin budaya “malu jika buat silap” dah sebati dengan jiwa orang Jepun sejak dulu lagi. Sebab tu wujud harakiri, untuk kembalikan maruah bila golongan samurai dulu-dulu buat silap. Foundation disiplin orang Jepun ni memang dah kuat.

Tapi kita sebagai Islam ni pun dah ada foundation amanah & disiplin juga yang digariskan dalam agama kita . Ikutkan, tak ada beza pun kita dengan orang Jepun dalam etika kerja.

Cuma itulah.. Bila tengok Chairman buat Press Conference kejadian kemalangan LRT yang libatkan 213 orang penumpang, 6 kritikal di hospital pun boleh sakit hati.

Sumber:

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)