Pemain JDT berdepan denda RM40,000 jika salah guna media sosial

Dalam memastikan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) terus konsisten mencipta kejayaan sehingga mampu menjuarai Liga Super lapan musim berturut-turut, aspek disiplin paling diutamakan pemiliknya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail menegaskan JDT mempunyai undang-undang dan polisi tersendiri bagi memastikan tahap disiplin dan etika pemain mereka sentiasa berada pada tahap tinggi.

Antaranya, pemain dan jurulatih akan didenda yang bukan sedikit jika didapati melanggar polisi kelab termasuklah lewat menghadiri sesi latihan ataupun menyalahgunakan media sosial.

TMJ meraikan kejayaan dengan pemain dan pegawai pasukan JDT. FOTO Johor Southern Tigers

TMJ meraikan kejayaan dengan pemain dan pegawai pasukan JDT. FOTO Johor Southern Tigers

“Kalau pemain salah guna media sosial, denda RM40,000 dan itu ada dalam kontrak pemain. Sebab kita ada etika kerja. Kalau lewat ke sesi latihan, denda RM15,000, tiada main-main dalam JDT. Akhyar Rashid pernah lewat sekali pun kena denda juga.

“Isteri salahguna dan tidak kawal media sosial yang boleh mencemarkan nama kelab, pemain akan kena denda. Kalau jurulatih lewat pun, pengurus akan denda kerana jurulatih kena ada dua jam sebelum latihan.

“Kalau gaji tak cukup, (pemain) berhutang,” kata Tunku Ismail dalam rancangan [email protected], malam ini.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/09/754536/jdt-denda-rm40000-pemain-salah-guna-media-sosial

BACA JUGA : “Kami nak pergi ambil barang, apa punya mangkuk,”

COMMENTS