Pemain bola Turki ini enggan pakai baju sokong Ukraine, ini rupanya alasan..

Pemain bola Turki ini enggan pakai baju sokong Ukraine, ini rupanya alasan.. bendera turki turki porn liga turki turki uthmaniyah karpet turki presiden turki bahasa turki

 

Tindakan pemain bola sepak Turki, Aykut Demir yang enggan memakai t-shirt Solidariti Untuk Ukraine dalam satu perlawanan menerima kecaman banyak pihak. Bagaimanapun, beliau tampil mendedahkan alasan tersendiri disebalik tindakan tersebut.

Pemain bola sepak Turki itu yang merupakan kapten kelab Erzurumspor merupakan satu-satunya pemain di atas padang yang tidak menyarung t-shirt Solidariti Untuk Ukraine yang tertera frasa ‘No to War’ ketika turun menentang Ankaragucu yang berkesudahan kelabnya tewas tipis 1-0.

Pemain bola Turki ini enggan pakai baju sokong Ukraine, ini rupanya alasan.. bendera turki turki porn liga turki turki uthmaniyah karpet turki presiden turki bahasa turki

Memakai lilitan kapten, Aykut hanya mengenakan jersi rasmi kelab dan tindakan tersebut lantas menjadi viral di media sosial hingga dikecam banyak pihak.

Alasan pemain bola sepak Turki enggan menyarung t-shirt solidariti untuk Ukraine
Bagaimanapun, Aykut yang lahir di Belanda namun bermain untuk Turki berkata, tindakan itu kerana merasakan adanya sikap layanan “double standard” kerana hakikatnya orang ramai menderita setiap hari. Beliau memberikan contoh situasi yang dihadapi penduduk di Timur Tengah.

”Beribu-ribu orang meninggal dunia setiap hari di Timur Tengah. Saya juga merasa sedih dan berkongsi kesakitan yang mereka lalui.

”Mereka yang mengabaikan situasi di sana adalah orang yang sama hari ini memberi perhatian dengan apa yang terjadi di Eropah.

”Saya tidak memakai t-shirt ini kerana ia tidak mewakili negara-negara itu (Timur Tengah),” alasannya.

Terdahulu, Vladimir Putin mengisytiharkan satu operasi khusus ke atas Ukraine yang menyaksikan angkatan tentera Rusia dikerah ke wilayah Donetsk dan Luhanks.

Operasi yang didakwanya sebagai ‘Misi Pengaman’ bagaimanapun menjadi serangan apabila beberapa bandar termasuk ibu kota Ukraine, Kyiv dibom yang menyaksikan orang awam terkorban.

Tindakan itu mendapat kecaman banyak pihak termasuk komuniti bola sepak yang berterusan menyatakan sokongan ke atas Ukraine.

Donetsk dan Luhanks merupakan dua buah wilayah di Timur Ukraine yang dikuasai oleh kumpulan pemisah pro-Rusia. Sebelum Rusia menghantar tentera ke sana, kedua-dua wilayah tersebut mengisytiharkan kemerdekaan daripada Ukraine dan ia telah diiktiraf oleh Rusia.

Selain itu, Rusia juga menduduki Crimea sejak 2014, yang merupakan wilayah milik Ukraine sebelum ini.

Tonton:

Berita Lain:

Suami terlalu rajin kemas rumah, isteri sampai minta cerai sebab bosan

Curi RM2 tabung masjid dah kena masuk penjara, di gereja lain pula ceritanya

Penduduk tergamam tengok ratusan Burung Tiong jatuh tiba-tiba, ini yang berlaku…

CATEGORIES