Peluncur udara di Sabah maut terhempas di cerun konkrit

Peluncur udara di Sabah maut terhempas di cerun konkrit. Seorang peluncur layar maut selepas diterbangkan angin beberapa meter sebelum tubuhnya terhempas di cerun konkrit di kawasan Lebuhraya Pan Borneo, Kampung Keliangau, Manggatal pada Jumaat.

Menurut saksi kejadian, dalam kejadian yang berlaku lebih kurang jam 2.00 petang itu, lelaki berumur 26 tahun tersebut baru sahaja mendarat bersama seorang penumpang selepas melakukan penerbangan daripada Bukit Kokol.

Tiupan angin kuat secara tiba-tiba menyebabkan badan mangsa yang masih terikat dengan payung terjun terpelanting sehingga terhempas di cerun konkrit sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan akibat cedera parah.

Peluncur udara di Sabah maut terhempas di cerun konkrit

Walau bagaimanapun, sebelum insiden itu berlaku, mangsa sempat membuka tali keselamatan yang mengikat penumpangnya sejurus mendarat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Baca Artikel Penuh