Pelik tapi benar, asalkan punyai 10,000 subscriber di Youtube baru layak masuk Universiti ini

Pelik tapi benar, asalkan punyai 10,000 subscriber di Youtube baru layak masuk Universiti ini.

Bunyinya sangat menarik dan unik bukan?

Belum pernah lagi kita mendengar sesebuah universiti mengeluarkan syarat kemasukan pelajar dengan cara sebegitu.

Pelik tapi benar, asalkan punyai 10,000 subscriber di Youtube baru layak masuk Universiti ini

Namun, ini yang terjadi di sebuah universiti Indonesia iaitu National Development University Veteren Jakarta (UPNVJ).

Menerusi skim itu, UPNVJ menawarkan cara kemasukan yang unik ini kepada bakal pelajar mereka untuk berjaya menjadi bintang Youtube.

Namun, bukan sekadar ada akaun Youtbe, pelajar yang ingin memasuki universiti berkenaan perlu sekurang-kurangnya mempunyai 10,000 pengikut dan menghasilkan kandungan asli yang sudah ditonton lebih 100,000 kali.

Bagi mereka yang telah menepati syarat itu pula, perlu menjalani ujian menghasilkan video baharu berdurasi antara tiga hingga lima minit.

Mereka yang lulus kemudian perlu mengambil ujian bertulis komputer (UTBK) untuk mengukur pengetahuan akademik.

Apa yang menariknya, persaingan memasuki universiti itu amat sengit berikutan jumlah penduduknya yang terlalu ramai, kira-kira 260 juta penduduk manakala tempat ditawarkan adalah terhad.

Menurut universiti itu, kemasukan melalui kriteria itu ditawarkan untuk jurusan ekonomi, sains politik dan sosial, perundangan kejuruteraan dan komputer.

Selain itu, turut menawarkan skim kemasukan khas kepada para atlet dan pengajian al-Quran.

“YouTube ialah media terbaik untuk menyampaikan kandungan dan pesanan positif. Kami menggalakkan pelajar ‘mempengaruhi masyarakat’,” kata Rekto Erna Hernawati kepada wartawan Jakarta Post.

Penggunaan laman media sosial sangat popular di Indonesia dengan purata seseorang itu meluangkan masa lebih dari tiga jam dalam satu hari dan ini merupakan kadar tertinggi di dunia.

Perkembangan profesion sebagai Youtuber telah menjadikan ramai orang berminat untuk menceburi dunia Youtube sebagai salah satu cara untuk mengembangkan bakat dan juga mata pencarian.

BACA:

Rasuah RM640,000 supaya anak Muhyiddin Yassin tidak direman, Pegawai SPRM mengaku tidak bersalah

Rupanya ramai tak tahu, duit KWSP boleh bayar habis hutang PTPTN, ini cara-caranya