Pelan pemulihan negara tidak perlu PKP menyeluruh – Dr Adeeba

Indikator antarabangsa mampu membantu Malaysia untuk menangani kes COVID-19 dan bergerak ke hadapan dalam Pelan Pemulihan Negara.

Selain itu, Ahli Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berpandangan, tanpa pemantauan yang mencukupi, pengesanan kontak atau strategi kuarantin, negara akan berdepan dengan masalah sama meskipun berlaku penurunan sehingga 4,000 kes harian.

COVID-19: Kenapa tutup universiti, pusat beli-belah? - Prof Adeeba | Astro  Awani

Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman

Kerajaan sebelum ini menetapkan nilai ambang bagi fasa kedua Pelan Pemulihan Negara adalah penurunan kes harian COVID-19 bawah 4,000, tahap penggunaan unit rawatan rapi (ICU) tidak lagi di tahap kritikal, selain 10 peratus penduduk mendapat vaksinasi lengkap dua dos.

Justeru, Dr Adeeba yang juga Pakar Penyakit Berjangkit Universiti Malaya (UM) berkata, terdapat empat garis panduan yang telah dikemas kini oleh WHO sebagai tanda aras kesihatan awam.

“Pertama, kadar kemasukan baharu ke hospital iaitu 100,000 per populasi, kadar kematian per 100,000 penduduk, insiden kes atau kes baharu per 100,000 populasi, manakala yang keempat ialah kadar positiviti.

“Jadi, ini empat indikator yang kita lihat ketika ini. Malaysia pada Tahap 3 penularan komuniti bagi insiden kes dan kadar positiviti,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada forum Bank Dunia bertajuk Weathering the Surge yang dianjurkan secara maya.

Dr Adeeba menambah, penggunaan teknologi dalam pengesanan kontak juga boleh membantu negara memahami secara lebih jelas mengenai epidemiologi tempatan.

Pada masa yang sama, beliau berkata jumlah kumulatif harian kes COVID-19 yang dilaporkan tidak mencukupi untuk memahami penularan pandemik di negara ini.

“Kita memerlukan data real-time yang lebih baik di peringkat nasional, negeri, sub-national sehinggalah kepada daerah. Jadi, kita boleh bergerak ke hadapan dan tidak lagi perlu blanket lockdowns,” katanya.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pelan-pemulihan-negara-rujuk-indikator-antarabangsa-dr-adeeba-304717

CATEGORIES