Pelakon lelaki bersifat ‘Jantan’ makin pupus -Faizal Hussein

Pelakon lelaki bersifat ‘Jantan’ makin pupus. Lakonan merupakan cara penceritaan yang disampaikan dengan cara tersendiri dalam filem atau drama yang mana berlainan dengan dirinya yang sebenar.

Dalam industri lakonan di negara ini juga telah melahirkan ribuan pelakon berkaliber dan sehingga kini, pelapis demi pelapis telah berjaya dihasilkan.

Namun, timbul pula isu apabila terdapat beberapa stesen televisyen yang meletakkan syarat agar pelakon mempunyai sejuta pengikut di media sosial.

Walaubagaimanapun, isu itu semakin hari semakin pudar dan setakat ini, industri lakonan tanah air dilihat lancar dan mampu menerbitkan filem yang berkualiti.

Faizal Hussein persoal kredibiliti pelakon lelaki

Bagi mengulas tentang industri lakonan, pelakon, Faizal Hussein mengakui bahawa industri filem dan drama kini kekurangan pelakon lelaki yang bersifat ‘kejantanan’.

Menurut Utusan Malaysia, pelakon berusia 54 tahun itu menyatakan zaman kini, pelakon ‘adik-adik’ semakin ramai dan berbeza ketika eranya dahulu.

Zaman sekarang, pelakon ‘adik-adik’ ini terlalu ramai. Berbeza dengan ketika zaman saya atau sebelumnya yang mana pelakon lelaki dinilai dengan pakej lengkap, memiliki rupa, bakat dan ‘kejantanan’.

Pelakon lelaki bersifat 'Jantan' makin pupus -Faizal Hussein

Faizal Hussein

Tambahnya, pelakon sekarang hanya menampakkan ciri kelelakian dengan imej tertentu. Namun apabila sudah selesa, mereka mula menunjukkan sifat semula jadinya.

Dari segi penampilan, pelakon ‘lembik’ ini menampakkan ciri kelelakian dengan janggut, misai dan berbadan sasa.

Tetapi apabila berada dalam keadaan selesa, mereka mula menyerlahkan sisi ‘lembut’ yang menjadi karakter semula jadi mereka.

Pelakon lama lebih bersifat ‘kejantanan’

Mengulas lanjut, Faizal juga mengakui kebanyakan artis lama mempunyai ‘kejantanan’ semula jadi dan bukannya dibuat-buat.

Salah satu babak lakonan Faizal Hussein dalam filem Capsule.

Salah satu babak lakonan Faizal Hussein dalam filem Capsule.

Selain itu, kredabiliti kebanyakan pelakon lelaki dahulu juga hadir bukan datang dari badan yang sasa, sebaliknya datang dari hati.

Saya semasa muda telah dihantar oleh ayah untuk menghadiri kelas karate, kung fu dan silat. Begitu juga dengan ramai pelakon lama, yang ada ilmu-ilmu tersebut.

Kalau jiwa adik-adik, letaklah janggut, misai atau badan sasa sekalipun, orang tetap akan nampak mereka sebagai adik-adik.

Dalam masa yang sama, Faizal turut berharap agar pelakon lelaki yang mempunyai ciri-ciri ‘kejantanan’ sebenar diberikan peluang menggalas watak utama.

Tambahnya, memilih pelakon lelaki untuk berlakon perlu dinilai dari bakat dan kelelakiannya, bukannya dari paras rupa semata-mata.

BACA JUGA : [VIDEO] Panas !!! Netizen “berang” program Najib di Melaka langgar SOP
Panas !!! Ini 5 jenama biskut terkenal Malaysia yang didedah mengandungi bahan akibatkan kanser

Artikel ini disiarkan pada 25/10/2021

COMMENTS

Wordpress (0)