Pelakon dedah rasa fobia mahu bercuti ke Langkawi

Semenjak kerajaan memperkenalkan projek rintis Gelembung Pelancongan ke Pulau Langkawi, dilihat ramai tidak melepaskan peluang melancong ke pulau lagenda itu termasuklah artis dan pelakon.

Ia diperkenalkan bermula 16 September lalu dan hanya dibenarkan kepada individu yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Detik-detik menarik serta pengalaman melancong sejak bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pasti menjadi momen terindah bagi mereka.

Ruhainies akui fobia bercuti ke Langkawi

Pelakon dedah rasa fobia mahu bercuti ke Langkawi

Ruhainies

Disebalik kegembiraan untuk bercuti, terdapat juga perasaan takut yang dialami oleh seorang selebriti tempatan untuk melancong ke Pulau Langkawi.

Perkara itu diluahkan oleh pelakon Ruhainies yang mengakui teringin untuk bercuti di Langkawi sejak sekian lama, namun terpaksa dipendamkan kerana masih diselubungi rasa takut.

Memang teringin sangat ke Pulau Langkawi sejak kerajaan membenarkan pelancong ke sana menerusi program gelembung pelancongan.

Tapi saya masih diselubu­ngi rasa takut akan kebarangkalian dijangkiti virus. Lagi pun saya tinggal bersama ibu bapa, jadi makin bertambah bimbang

‘Takut’ dengan penumpang kapal terbang

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul IIyas, dia lebih berasa fobia melihat suasana ramai penumpang di dalam kapal terbang.

Semua penumpang perlu jalani ujian pengesanan virus pandemik, tetapi saya bimbang jika masih ada segelintir yang ‘terlepas’.

Walaupun pelakon tersebut sebelum ini pernah menyatakan perasaan tidak sabarnya untuk bercuti ke pulau itu, namun dia terpaksa melupakan hasratnya.

Bagaimanapun, dia mengakui tidak berniat untuk menakutkan mana-mana pihak dan pilihan bercuti ke pulau lagenda itu adalah terpulang kepada diri masing-masing.

Buat masa ini, biarlah saya duduk di rumah sahaja. Kalau nak jalan-jalan pun, cuma dekat-dekat sahaja dan tempat yang tidak ramai orang.

Sekadar info, pelakon berusia 29 itu turut memaklumkan akan kembali ke set penggambaran pada 1 Oktober ini. Keputusannya enggan bercuti ke pulau itu bagi mengelakkan sebarang jangkitan dibawa semasa proses pengambaran.

Berita Penuh : https://ohmedia.my/ohartis/memang-teringin-tapi-ruhainies-akui-fobia-bercuti-ke-langkawi/

BACA JUGA : Menteri sahkan usul antilompat parti dibentang dalam sidang kali ini

COMMENTS

Wordpress (0)