Pelakon dedah pernah ditawar job teman vvip makan dibayar RM60,000

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Pelakon dan pempengaruh media sosial, Sharifah Rose, mendedahkan bahawa dia pernah menerima tawaran berjumlah RM60,000 untuk menjadi ‘peneman’ golongan kenamaan atau VVIP.

Menurut Rose, atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd. Mazfira, 25, tawaran tersebut diberikan kepadanya untuk menemani golongan kenamaan makan.

“Saya pernah menerima mesej menawarkan RM60,000 hanya untuk menemani makan sahaja.

“Namun, saya rasa tawaran itu agak mengarut kerana hanya untuk menemani makan dan saya juga tidak mengenali individu yang perlu ditemani,” katanya.

Tambah pelakon drama bersiri, Kekasih Hati Mr. Bodyguard, sikapnya yang introvert juga merupakan salah satu sebab dia menolak tawaran tersebut.

Pelakon dedah pernah ditawar job teman vvip makan dibayar RM60,000

Selain itu, dia juga pernah diajak bercuti oleh individu tidak dikenali melalui Instagram.

“Saya jenis introvert, jadi saya rasa ia agak berbahaya dan saya tidak mahu pergi.

“Teman makan, teman pergi bercuti, tetapi saya tidak pernah membalas tawaran tersebut. Yang membuat tawaran itu adalah seorang perempuan.

“Kadang-kadang kita tidak tahu dengan siapa kita berurusan. Muka nampak baik, tapi begitulah keadaannya,” ujarnya.

Sebelum ini, pelakon Puteri Sarah Liyana juga pernah menjadi sasaran seorang wanita yang menyamar sebagai Nadia Brian, yang menawarkan bayaran lumayan RM15,000 untuk menjadi ‘peneman’ golongan VIP.

BACA: “Tunang aku kena tangkap khalwat dengan 6 lelaki, bakal mak mertua dan bakal abang ipar sibuk suruh kahwin cepat sebab nak jaga air muka”