Pelajar terpaksa usung adik ke sekolah selepas ibu bapa bercerai

Oleh ISMAIL YAHYA

Tindakan seorang pelajar yang terpaksa membawa adiknya ke sekolah

selepas ibu bapa mereka bercerai telah menarik perhatian ramai, lapor portal berita Tribunnews.

Rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @farihannaa menunjukkan

seorang kanak-kanak lelaki sedang menikmati snek di sebelah kakaknya.

Ketika berada di dalam kelas, kanak-kanak itu hanya duduk diam bagi mengelakkan gangguan kepada murid-murid lain yang sedang belajar.

Pelajar terpaksa usung adik ke sekolah selepas ibu bapa bercerai

Dia terpaksa berbuat demikian kerana tiada sesiapa yang dapat menjaga adiknya di rumah.

@farihannaa♬ Kasih – aera

Rakaman tersebut telah mencatatkan lebih 1.3 juta tontonan dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

“Seorang kakak yang hebat,” komen seorang netizen.

“Bangga dengan pihak sekolah yang membenarkan murid itu membawa adiknya,” komen netizen lain.

BACA: 20 tahun menetap di Malaysia, netizen persoal bagaimana warga asing dibenar berniaga