Pekerja pemindahan barang ini tiba-tiba terjumpa RM150,000 dalam almari, sekali lain pula yang dia buat undang pujian netizen

Pekerja pemindahan barang ini tiba-tiba terjumpa RM150,000 dalam almari, sekali lain pula yang dia buat undang pujian netizen.

Seorang pekerja sedang menjalankan tugas pindah barang, sekali pekerja ini terjumpa duit bernilai RM150 ribu dalam almari.

Ramai menyarankan bahawa pekerja yang jujur ini supaya dinaikkan pangkat selepas beliau mengembalikan wang sebanyak S$50,000 (RM151,300) yang ditemui di dalam almari kepada pemiliknya.

Pekerja pemindahan barang ini tiba-tiba terjumpa RM150,000 dalam almari, sekali lain pula yang dia buat undang pujian netizen

Pekerja ini bernama Jake, yang merupakan pekerja syarikat Prestige-Moving Services, yang menyediakan servis pemindahan barang di Singapura.

Kejujuran adalah sifat yang paling penting untuk dimiliki oleh pekerja dalam sektor pekerjaan tersebut kerana mereka sering memindahkan perabot dan barang berharga dan ternyata Jake memenuhi kriteria tersebut.

Jadi pemilik wang itu sangat bersyukur apabila Jake kembalikan sejumlah besar wang tunai yang tidak senagaja ditinggalkan di dalam almari.

“Ini adalah Encik Jake. Salah seorang pekerja terbaik kami.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana kejujurannya yang mungkin orang lain tidak akan lakukannya dan jujur adalah sangat penting dalam industri kami di mana pelanggan memberi kepercayaan kepada kami bahawa perabot dan barang-barang mereka selamat berada di tangan kami”

“Jake yang ketika itu melakukan pemindahan di salah satu premis pelanggan kami, menemui sejumlah wang tunai sebanyak S$50,000 yang dibungkus dalam beg plastik di dalam kabinet”

Pihak syarikat juga mengatakan pelanggan tidak sengaja tinggalkan wang tersebut, namun Jake membuat langkah terbaik dan keputusan untuk memulangkan keseluruhan wang itu kepada pelanggan. Turut berterima kasih kepada Jake atas kejujurannya, majikan Jake juga berharap beliau akan bertahan bekerja selama bertahun-tahun lagi.

Netizen juga mencadangkan supaya gaji Jake dinaikkan atau dinaikkan pangkat sebagai penghargaan di atas kejujurannya. Walaupun penampilannya bertatu membawa persepsi yang ‘buruk’ terhadap orang ramai, Jake membuktikan bahawa penampilan luaran tidak melambangkan hati budi seseorang.

BACA:

Follower komen “dapat jilat ko ni best juga”, sekali Sharifah Sakinah balas undang dekah netizen

Hanya dengan jual video secara online, lelaki ini berjaya jana keuntungan sehari RM1500 yang ramai nak tahu