Pekerja enggan divaksin tak wajar didenda, kata Suhakam

Lelaki

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menegaskan majikan tidak wajar menetapkan keperluan vaksinasi mandatori kepada pekerja atau mengenakan sebarang denda kepada mereka yang enggan divaksinasi.

Sebaliknya, SUHAKAM berkata, majikan boleh mempertimbangkang untuk menawarkan insentif bagi menggalakkan pekerja untuk divaksinasi sebagai usaha menyokong sasaran kerajaan mencapai imuniti kelompok dengan segera.

“SUHAKAM telah menerima sejumlah aduan berkenaan dakwaan diskriminasi yang dikenakan kepada mereka yang masih tidak divaksinasi, termasuk tidak dibenarkan kembali bekerja atau terpaksa menanggung sendiri kos ujian calitan, atau sekatan daripada memasuki premis bagi orang awam.

Pekerja enggan divaksin tak wajar didenda, kata Suhakam

“SUHAKAM menyeru kerajaan untuk mengambil tindakan segera bagi menangani isu ini yang memerlukan pendekatan yang seimbang antara keutamaan kesihatan awam dan hak untuk dilayan secara adil tanpa diskriminasi,” katanya dalam kenyataan.

Tegasnya, kerajaan perlu menghormati hak setiap individu untuk menentukan kemahuan sendiri dan kebebasan untuk menolak vaksin atas sebab yang tertentu.

“Bagaimanapun, usaha perlu dipertingkatkan untuk menggalakkan mereka yang layak dari segi perubatan untuk mendapatkan vaksin Covid-19 menerusi penglibatan berterusan dengan komuniti untuk mempromosikan manfaat vaksin yang disokong oleh bukti secara saintifik bagi menghindari sebarang keraguan atau maklumat yang tidak benar,” katanya.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/25/tak-wajar-pekerja-enggan-divaksin-didenda-kata-suhakam/

BACA JUGA : Panas !!! MySejahtera bakal ada bunyi ‘siren’?

COMMENTS

Wordpress (0)