Pejuang tak berhasrat tandatangan MoU, PH ada bagi penerangan – Mukhriz

Pejuang

Pejuang tak berhasrat tandatangan MoU, PH ada bagi penerangan.Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), mengesahkan Pakatan Harapan (PH) mengadakan sesi penerangan secara maya berkenaan perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA) atau disebut juga sebagai memorandum persefahaman (MoU) transformasi dan kestabilan politik kepada kepemimpinan parti itu,petang semalam.

Namun, kata Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir, sesi penerangan itu bukan secara terperinci dan dia juga tidak pasti sama ada cadangan dalam MoU dibuat PH dimuktamadkan dengan pihak kerajaan.

Bagaimanpun, Ahli Parlimen Jerlun itu mengakui apa yang dibangkitkan kerajaan dan PH dalam MoU berkenaan seperti Undi 18 dan Rang Undang-Undang (RUU) antilompat parti sebagai perkara yang baik.

“Bagaimanapun semua perkara ini perlu diperhalusi sebelum kita membuat sebarang pendirian. Sebab kita tak tahu apa sebenarnya kandungan terperinci setiap perkara itu.

“Saya kira semua perkara ini akan dibangkitkan dalam Parlimen, maka waktu itu kita boleh teliti secara terperinci. Menjadi hak kami untuk sokong atau tolak, kami tak terikat atas sebab menandatangani satu MoU,” katanya yang dipetik portal Berita Harian Online.

Pejuang

Pejuang tak berhasrat tandatangan MoU, PH ada bagi penerangan

Mukhriz juga dilaporkan sebagai berkata partinya tidak berhasrat menandatangani sebarang memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan kerana mahu mempertahankan hak mereka sebagai blok ketiga.

Menurutnya, dengan cara itu pihaknya memiliki kebebasan untuk menyokong atau menolak sebarang keputusan dibuat kerajaan.

“Kami tak akan terikat dengan MoU, tetapi bukan tempat (kuasa) kami untuk halang MoU itu.

“Kalau pihak Pakatan Harapan (PH) merasakan sesuai, itu terpulang kepada mereka,” katanya.

Dia mengulas kenyataan Penyelaras Ketua Whip Ahli Parlimen PH, Anthony Loke, yang menafikan mereka mengetepikan parti pembangkang lain dalam proses rundingan dengan kerajaan berhubung MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang akan ditandatangani, petang ini.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/591158

BACA: Rakyat dinasihati cermat kritik isu kuota solat di masjid – Persatuan Ulama

COMMENTS