Pejuang akan selesaikan daftar parti dahulu, baru bincang dengan PH

Pejuang akan selesaikan daftar parti dahulu, baru bincang dengan PH

Keputusan sama ada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan menyertai Pakatan Harapan hanya akan dibincangkan selepas parti itu didaftar.

Bagaimanapun, walaupun ketika ini Ahli-Ahli Parlimen yang menyokong Pejuang masih Ahli Parlimen Bebas, hubungan mereka dengan Pakatan Harapan begitu akrab.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, hubungan itu turut diterjemahkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim apabila jentera dan pemimpin Pakatan Harapan turut membantu meraih sokongan undi terhadap calon Bebas daripada Pejuang, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.

“Jadi ke depan ini, adakah Pejuang sekiranya didaftarkan nanti akan menyertai PH ataupun tetap berada sebagai kuasa ketiga dalam Parlimen, itu akan kita akan umum setelah didaftarkan nanti, insya-Allah,” ujar beliau.

Beliau ditemui ketika melawat Pusat Media PRK DUN Slim pada Jumaat.

Menurutnya, setakat ini Pejuang lebih banyak menjadi kuasa ketiga dalam Parlimen yang memainkan peranan sebagai pengimbang.

Bagaimanapun, setiap kali undian di Parlimen, kumpulan mereka sentiasa memihak kepada Pakatan Harapan.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/keputusan-pejuang-sertai-pakatan-harapan-akan-dibincang-selepas-parti-didaftar-257095