Pejabat Speaker nafi keluar poster jumlah sokongan MP

Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat menafikan telah mengeluarkan dua infografik yang tular di media sosial berkaitan jumlah sokongan Ahli Parlimen bagi memilih calon perdana menteri kesembilan.

Penafian berkenaan dimuat naik menerusi Facebook rasmi Parlimen Malaysia, malam tadi.

Pejabat

Dua infografik berkenaan memaparkan jumlah Ahli Parlimen yang menyokong bekas timbalan perdana menteri yang juga Ahli Parlimen Bera Ismail Sabri Yaakob serta ketua pembangkang yang juga Ahli Parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim, sebagai perdana menteri.

Semalam, Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menerusi notis bertarikh 17 Ogos, meminta 220 Ahli Dewan Rakyat menyerahkan satu surat akuan bersumpah (SD) bagi menamakan seorang calon perdana menteri kepada Istana Negara.

Notis itu bagi membolehkan seorang daripada mereka yang mempunyai kepercayaan majoriti dilantik sebagai perdana menteri, susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin Isnin lepas.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/19/pejabat-yang-di-pertua-dewan-rakyat-nafi-keluar-infografik-jumlah-sokongan-ahli-parlimen/

Baca Juga : Jika Anwar jadi PM, Pejuang akan sokong – Dr Mahathir

Artikel ini disiarkan pada 19/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)