Peja terus buat perangai kartun, persoal Pandalela ungkit cerita lama

Peja terus buat perangai kartun, persol Pandalela ungkit cerita lama. Seperti kita kenal, Ahmad Faizal Azumu selalu membuat perangai dan tindakan yang melucukan seperti kartun, kali ini beliau sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang melucukan.

Semalam, bekas Penasihat politik paling singkat dalam dunia itu mempersoalkan mengapa atlet terjun negara Pandelela Rinong membangkitkan isu salah laku seksual oleh bekas jurulatihnya yang telah lama berlaku.

“Saya hanya nak faham keseluruhan senario, kenapa tiba-tiba, setelah sekian lama, Lela (Pandelela) keluar kenyataan melalui sosial media beliau,” katanya seperti yang dilaporkan portal Free Malaysia Today.

peja

Beliau tegaskan akan bertemu dengan beberapa atlet negara berhubung kenyataan Pandelela itu untuk mendapatkan gambaran sebenar situasi tersebut.

“Saya dah mula buat panggilan-panggilan secara peribadi sebagai menteri dan saya juga dah berjumpa dengan beberapa atlet tentang perkara ini.

“Jadi tak sesuai untuk saya hebahkan lagi perkara ini buat masa sekarang,” kata pemimpin yang dikaitkan berkahwin dengan Erra Fazira itu.

Beliau juga katanya akan menghubungi Khairy Jamaluddin yang merupakan menteri belia dan sukan sewaktu kes itu berlaku.

BACA JUGA : PRN Melaka : Pas tak guna lambang bulan buat pertama kali

CATEGORIES