Peguam Umno bebas tuduhan ubah wang haram RM15 juta

Umno

Peguam Umno bebas tuduhan ubah wang haram RM15 juta. Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas dan membebaskan penasihat undang-undang UMNO Mohd Hafarizam Harun atas tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta.

Hafarizam dibebaskan selepas bersetuju membayar kompaun RM590,587.26 Difahamkan kompaun itu dijelaskan pada Khamis lalu.

Hakim Suzana Hussin membebaskan peguam itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan menarik balik ketiga-ketiga pertuduhan terhadap Mohd Hafarizam selepas beliau bersetuju kesemua kesnya dikompaun.

Peguam itu dituduh menerima wang dari akaun bank Najib Razak pada 2014 dan 2015. Beliau mewakili bekas Perdana Menteri dalam beberapa kes sivilnya.

Umno

Hafarizam berkata, keputusan mahkamah itu sebagai menyerlahkan pendiriannya bahawa tuduhan pengubahan wang haram itu bersifat “pendakwaan terpilih”.

“Dana (itu) …bukan untuk kepentingan saya atau bekas syarikat saya, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

“Saya hanya memegang dana berkenaan sebagai pemegang taruh untuk klien dan membuat bayaran kepada pihak ketiga berdasarkan arahan klien. Urus niaga sebegini adalah perkara biasa bagi semua peguam,” tambahnya.

Seorang lagi peguamnya, Hasnal Redzuan Merican kemudian memohon agar mahkamah melepas dan membebaskan Hafarizam, memandangkan dia telah membayar kompaun kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Kompaun itu dibuat mengikut Seksyen 92 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amlatfapua).

Hakim kemudian membenarkan permohonan itu.

Menurut ketiga-tiga pertuduhan, Hafarizam didakwa menerima wang tersebut daripada bekas perdana menteri Najib Razak antara April 2014 hingga Februari 2015.
Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/30/penasihat-undang-undang-umno-bebas-tuduhan-ubah-wang-haram-rm15-juta/

jika terlepas: Imej dan reputasi kerajaan berada pada tahap terburuk sekarang

Artikel ini disiarkan pada 30/07/2021

COMMENTS