Peguam TMJ tiba di mahkamah, hadir bicara Bella

Peguam TMJ tiba di mahkamah, hadir bicara Bella. Seramai empat peguam pemerhati yang dicadangkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hadir pada perbicaraan kes penderaan remaja Sindrom Down dikenali Bella di Mahkamah Sesyen, pagi ini.

Kehadiran peguam terbabit iaitu Datuk Baljit Singh Sidhu, Datuk Khairul Anwar Rahmat, Datuk Ikbal Salam dan Mohd Radzi Yatiman, turut mendapat persetujuan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Ahad lalu, Tunku Ismail menawarkan khidmat peguamnya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati bagi kes penderaan remaja berkenaan.

Tunku Ismail juga bertemu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun semalam, bagi membincangkan isu kes Bella dan mendapatkan taklimat mengenai langkah diambil kementerian terbabit.

Presiden Persatuan OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi hadir mendengar sebutan kes pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa atas pertuduhan mengabaikan seorang remaja sindrom yang dikenali Bella di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Dalam pertemuan itu, Tunku Mahkota Johor mengemukakan tiga cadangan penambahbaikan bagi memastikan kes membabitkan Bella tidak berulang termasuk penambahbaikan undang-undang semasa seperti Akta Kanak-Kanak 2001 yang perlu dilakukan segera.

Kisah Bella didakwa didera dan diabaikan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 31, yang kini sedang dibicarakan mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia.

TONTON :

BACA:

Kita sedang menuju ke arah pemberian subsidi haji secara bersasar – Idris

Pencetus sebenar “burung puyuh Burung Ketut” yang ramai tidak tahu

CATEGORIES