Peguam Negara Baru Seorang Yang Adil Dan Bijak Namun Malangnya… – Hanipa

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Hanipa Maidin mengucapkan tahniah kepada Hakim Idrus Harun susulan pelantikannya sebagai Peguam Negara.

Pemimpin Amanah itu turut berkata bahawa beliau mempunyai pengalaman bekerja dengan Idrus ketika peguam negara itu menjadi hakim Mahkamah Rayuan.

“Secara peribadi, saya tiada masalah dengan dia. Pada pandangan saya, dia adalah seorang hakim yang adil dan bijak ,” katanya kepada Malaysiakini.

“Malangnya, beliau terpaksa berkhidmat di bawah kerajaan yang kredibiliti dan integriti sering disoal luar dan dalam negara,” tambahnya.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/513603

COMMENTS

Wordpress (0)