Peguam ini dedah, ada cubaan bunuh Long Tiger dalam tahanan

Peguam kepada “Long Tiger”, seorang lelaki Rohingya dilaporkan lolos daripada lokap mahkamah ketika menunggu perbicaraan, mendedahkan mahkamah diberitahu ada cubaan mencederakan atau cubaan membunuh tertuduh itu dalam tahanan.

Menurut laporan Free Malaysia Today. Shaharudin Ali dalam kenyataan berkata Mahkamah Tinggi Muar telah mendengar “dengan panjang lebar” tentang cubaan itu pada 21 Nov lalu.

Long Tiger, atau Ab Hamim Ab Hamid, pada 15 Nov melarikan diri ketika menunggu perbicaraan di Mahkamah Majistret Tangkak, bagi kes Seksyen 388 Kanun Keseksaan atau pemerasan.

“Kami khuatir dan kami tidak tahu, sama ada Hamim melarikan diri atas sebab yang berkaitan dengan keadaan mentalnya akibat daripada serangan fizikal dan mental ke atas beliau di dalam tahanan reman,” katanya dalam kenyataan.

Shaharudin berkata laporan polis telah dibuat berhubung cubaan itu dan Mahkamah Tinggi Muar telah merekodkan kenyataan peguam dan pendakwa raya.

“Cubaan mencederakan Hamim semasa dalam tahanan bukan perkara baru kepada kami dan semuanya ini telah dirakamkan oleh hakim Mahkamah Tinggi Muar. Akibat daripada dakwaan ini, untuk keselamatan tertuduh, hakim telah meminta Hamim dipindahkan ke penjara lain.

“Setakat ini, kita tidak tahu perkembangan siasatan laporan polis yang telah dibuat bagi pihak Hamim,” tambahnya.

Shaharudin bagaimana menegaskan melarikan diri daripada tahanan sah adalah kesalahan jenayah.

“Kejadian ini memeranjatkan kami kerana pada sebelah pagi, kes terhadap Hakim mulanya telah dipanggil oleh majistret di dalam kamar,” katanya.

Shaharudin memaklumkan sehari selepas kejadian lolos itu, pihaknya memaklumkan kepada Mahkamah Majistret Tangkak bahawa pembelaan sedia meneruskan kes tanpa kehadiran Long Tiger.

Malah, pihaknya tidak membantah hujah pendakwaraya yang mahu wang ikat jamin Long Tiger dirampas dan waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.

“Reaksi kami mudah,” katanya.

BACA JUGA : Panas !!! Ayob Khan dedah PATI bayar RM500 hingga RM3,000 keluar masuk Malaysia

Artikel ini disiarkan pada 17/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)