PDRM tahan selebriti terkenal buat amang seksual pada remaja bawah umur. Selebriti lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan kes amang seksual fizikal terhadap beberapa remaja lelaki bawah umur.
Dia yang berusia 40-an ditahan polis semalam, dan dibawa ke Mahkamah Klang hari ini untuk permohonan tahanan reman.
Menurut sumber, perbuatan suspek terbongkar selepas beberapa remaja yang mendakwa mangsanya tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.
“Kesemua remaja itu dikenali suspek dan dia dipercayai menggunakan kaedah memujuk mereka untuk melakukan perbuatan tidak bermoral itu.
“Mangsa yang trauma kemudian membuat laporan polis,” katanya hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
BACA:
Peminat dedah pramugari ini kekasih Sharnaaz Ahmad
Cctv rakam wanita nak culik bayi di pasar raya, jawapanya pula timbul perdebatan