PdPR : Pelajar mula luah rasa ‘stress’

prestasi PdPR

PdPR : Pelajar mula luah rasa ‘stress’. Rata-rata pelajar sekolah mula meluahkan rasa tertekan selain merindui suasana Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka selepas mengakui gagal mengikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Kegusaran pelajar terbabit diterjemahkan menerusi ciapan #PdPR yang sohor kini di Twitter selepas mendapat ciapan lebih daripada 12,200 pengguna setakat pagi ini.

PdPR

Lebih menyedihkan, ada di antara mereka mula mempersoalkan keupayaan untuk mengusai subjek tertentu seperti Matematik Tambahan berikutan gagal memahaminya ketika PdPR.

Menurut @cchyaamrclls, dia mempersoalkan keupayaan dirinya untuk memahami apa diajarkan guru namun usahanya dilihat seakan gagal.

“Bolehkah saya untuk bertahan dengan PdPR terutamanya subjek Matematik Tambahan, saya tidak boleh, saya cuba memahaminya tetapi gagal.

“Saya perlukan sesi secara bersemuka, Ya Allah, saya tersekat, bantu hambamu untuk hapuskan air mata ini,” luahnya.

Tangkap layar #PdPR yang sohor kini di Twitter hari ini.

Selain itu, ada juga pelajar meluahkan proses PdPR yang berlangsung menyebabkan mereka tidak sempat makan serta perlu bangun lebih awal bagi menyertai sesi itu.

Bagi @kakeruboba_ menyifatkan PdPR yang berlangsung menyebabkan pelajar tidak sempat makan manakala @naddyrzw menjelaskan dia perlu bangun seawal pukul 6 pagi bagi menyertai sesi berkenaan.

Dalam pada itu, kegusaran terhadap PdPR turut diluahkan oleh golongan pendidik dengan mengatakan ada diantara pelajar yang tidak menyertai sesi itu sejak tiga bulan lalu.

@WannsZach berkata, seorang pelajarnya tidak menyertai PdPR sejak tiga bulan lalu dan gagal dihubungi sehingga kini.

“Saya cuba untuk menghubungi ibubapa pelajar itu tetapi hingga kini tiada jawapan, macam mana saya mahu bantu mereka sedangkan mereka tidak cuba untuk membantu diri sendiri,’ ciapnya.

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/07/09/pelajar-mula-koyak-tidak-tahan-pdpr/

kalau Anda Terlepas:PH desak yuran pengajian Universiti dikurangkan masa ini