Patutlah semalam penuh Polis baju macam askar dekat tengah KL, rupanya ini sebenarnya yang jadi

Oleh GEMILANGDAILY

Sebanyak 1,101 warga asing telah ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen dalam operasi bersepadu

Yang melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan di sekitar Jalan Silang hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, mengatakan operasi bersepadu tersebut melibatkan 1,138 anggota dari Briged Tengah Pasukan Gerakan Am,

Pasukan Simpanan Persekutuan, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Operasi ini berlangsung dari pukul 11 pagi hingga 3 petang.

Beliau menyatakan bahawa operasi ini bertujuan untuk membanteras kegiatan jenayah di sekitar kawasan Jalan Silang dan Kompleks Kota Raya, terutamanya yang melibatkan warga asing.

“Operasi ini juga memfokuskan kepada membanteras sebarang aktiviti tidak sihat di kawasan berkenaan.

Pihak polis akan sentiasa menjalankan operasi bersepadu seperti ini dari semasa ke semasa untuk memastikan Kuala Lumpur bebas daripada pendatang tanpa izin,” katanya dalam sidang media.

Allaudeen menyatakan bahawa semua warga asing yang ditahan bekerja dan tinggal di sekitar kawasan tersebut, termasuk yang datang untuk berjalan-jalan atau tujuan lain. Dalam operasi tersebut, polis juga merampas 100 karton rokok, 80 karton arak, dan pelbagai ubatan tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan dengan nilai keseluruhan RM104,530.

Ubat-ubatan yang dirampas tersebut, menurut Allaudeen, dibawa masuk dari negara seperti Nepal dan Bangladesh untuk dijual kepada warga asing yang memerlukan.

“Rampasan ubat-ubatan termasuk ubat selesema dan demam, yang dijual kepada warga asing yang memerlukan susulan kos untuk mendapatkan rawatan tinggi dan sukar kerana mereka tidak mempunyai dokumen,” katanya.

Ubat-ubatan tersebut dirampas di sebuah premis yang dijadikan sebagai klinik mini bagi warga asing. Allaudeen menyatakan bahawa tindakan lanjut terhadap pemilik premis yang menyewakan kepada warga asing akan diserahkan kepada DBKL.

Semua yang ditahan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk siasatan mengikut Seksyen 6 (3), Seksyen 6 (1) (c), dan Seksyen 15 (4) Akta Imigresen 1959.

Allaudeen juga menyeru orang ramai agar terus menyampaikan maklumat tentang kegiatan mencurigakan, terutamanya yang melibatkan warga asing di kawasan masing-masing, kepada pihak polis.

BACA: Lagi kes kanak-kanak hilang, rupanya kena jual dalam aplikasi cari jodoh terkenal