Patutlah ramai orang datang, rupanya ‘lalat besar’ jadi pelaris jualan kedai sup terkenal yang ramai tak tahu

Patutlah ramai orang datang, rupanya ‘lalat besar’ jadi pelaris jualan kedai sup terkenal yang ramai tak tahu.

PASTI anda dapat membayangkan nikmat dan kelazatan kuah sup daging yang dihidang panas-panas.

Tapi selera anda mungkin terbantut apabila menyaksikan video yang kini tular di media sosial.

Patutlah ramai orang datang, rupanya 'lalat besar' jadi pelaris jualan kedai sup terkenal yang ramai tak tahu

Manakan tidak, video tersebut menunjukkan daging rebus di tempat menyimpan makanan di sebuah restoran dihurung lalat bersaiz besar.

Keadaan itu disebabkan peniaga membiarkan saja daging dan bahan lain untuk ditabur dalam hidangan sup dalam keadaan terdedah tanpa pengawasan.

Lebih menjijikkan apabila beberapa ekor lalat dilihat berterbangan seperti ‘bermaharajalela’ di ruang tersebut.

Beberapa bahan makanan dibiarkan terdedah tanpa pengawasan.

Pengguna TikTok yang memuat naik video mendakwa, kedai berkenaan terletak di Kelantan.


“Tolong la jaga kebersihan sikit. Ya Allah, sumpah geli nak mati, macam mana la meniaga makanan apa semua tak tutup macam ni.

“Selamba je staf dia buat tak tahu. Naya orang siapa yang order makan sup ni,” tulisnya menerusi keterangan video.

Banyak macam tu memang dah terbiar lama.

Video berdurasi sembilan saat itu turut memaparkan premis tersebut lengang tanpa pekerja yang bertindak untuk menghalau serangga perosak itu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat video yang dikongsikan kerana peniaga tidak mengamalkan kebersihan makanan.

Antara komen netizen.

“Banyak macam tu memang dah terbiar lama. Pasti dah bertelur lalat tu.

“Jenis fikir untung je ni. Pelanggan lantaklah makan langau pun.

“Kotornya, boleh sakit perut.

“Kalau tengok keadaan kedai bersih, cuma itulah tu patut tambah perangkap serangga,” demikian antara komen netizen.

Hasil semakan mendapati video tersebut telah dipadamkan.

BACA:

Penduduk di Indonesia terkejut penemuan tembok besar di Pulau Papua, rupanya ada kaitan dengan Yajuj Majuj?

Budak tadika ‘rembat’ gelang emas ibu untuk diberi kepada kekasih hati, sekali lain pula reaksi ibu dia