Patutlah punyai wajah jelita, gadis ini didakwa anak pontianak, ini kisah disebalik yang jadi buah mulut orang kampung

Patutlah punyai wajah jelita, gadis ini didakwa anak pontianak, ini kisah disebalik yang jadi buah mulut orang kampung

Dunia ini sering disajikan dengan kisah-kisah mistik yang aneh hingga berada di luar kotak pemikiran kita sebagai manusia.

Namun, hal-hal seperti alam ghaib diperakui kewujudannya, hanya kita saja yang terbatas untuk melihat mereka.

Patutlah punyai wajah jelita, gadis ini didakwa anak pontianak, ini kisah disebalik yang jadi buah mulut orang kampung

Seperti kisah yang kini disebut-sebut di media sosial Indonesia, kisah Tiara Kartika yang ditemukan 11 tahun lalu semasa masih bayi di sebuah hutan secara bersendirian telah ‘tumbuh’ dewasa dengan wajah jelita.

Gadis ini juga dijuluki dengan gelaran “Anak Pontianak”.

Kisah ini mula menjadi tular selepas seorang individu, Karol Inoviani memuat naik rakaman video Tiara Kartika menerusi saluran YouTube peribadinya pada 28 Julai 2022 lalu.

Difahamkan, pemilik saluran YouTube menemui Kartika yang tinggal bersama-sama seorang nenek yang telah pun berusia. Nenek Nur membesarkan Tiara setelah dia menemukan gadis ini ketika masih bayi 11 tahun yang lalu.

“Saya menemukan Tiara Kartika di tengah-tengah hutan ketika dia masih bayi lantas membawa pulang hingga kini menjadi seorang gadis dewasa yang cantik dan matang,” jelasnya.

Membahas berkaitan gelaran ‘Anak Pontianak’ yang diberikan gadis ini, dia mengaku ia diberikan oleh rakan-rakan sejak di sekolah rendah apabila mereka mengejeknya dengan nama itu.

“Saya hanya ke sekolah sehingga darjah tiga sahaja kerana sering dibuli oleh rakan-rakan lain dengan mengejek sebagai ‘Anak Pontianak’.

“Menurut mereka, hal itu kerana pernah melihat saya dirasuk, bercakap seorang diri dan menyikat rambut persis pontianak,” jelas Tiara.

Walau bagaimanapun, memetik Tribun News menegaskan bahawa Tiara Karti merupakan seorang anak manusia sama seperti orang lain cuma dia sedikit istemewa berbanding yang lain.

“Jadi, ingi saya tegaskan di sini bahawa Tiara adalah anak manusia seperti kita semua, tapi dia mempunyai ‘penjaga’ berupa pontianak sejak kecil hingga sekarang,” jelas pemilik video asal.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen pada video tersebut, rata-rata netizen mendoakan gadis ini untuk sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sentiada dilindungi.

Disamping itu, Tiara Kartika juga dikatakan telah mula kembali ke sekolah dan mengaku rakan-rakannya tidak lagi membulinya seperti sebelum ini

BACA: Kenapa ada cawangan KFC yang tiada stok Coleslaw, sekali ini penjelasan KFC Malaysia