“Patutlah masa belum kahwin dulu suami tuduh saya ada hubungan sulit dengan tok kadi, kuasa Allah, suatu hari terkantoi suami sebenarnya yang curang”

Assalamualaikum. Pertama kali saya menulis di ruangan ini, semoga perkongsian ini dapat memberi semangat kepada semua ibu tunggal di luar sana.

Bukan senang bila masuk ke alam janda. Ramai masyarakat kita memandang serong pada janda berbanding duda.

Berbalik kepada kisah saya. Saya telah diceraikan talak 3 setelah 7 tahun berkahwin dan memiliki seorang anak soleh yang kini berusia 6 tahun.

"Patutlah masa belum kahwin dulu suami tuduh saya ada hubungan sulit dengan tok kadi, kuasa Allah, suatu hari terkantoi suami sebenarnya yang curang"

Saya berkahwin atas pilihan sendiri kerana Allah. Bekas suami peIuk Islam dan banyak c4baran saya bersama keluarga mentua.

Walaupun ibu mentua dapat terima saya tetapi dia tidak membenarkan saya memanggilnya ibu. Saya terima walaupun terkilan. Alhamdulillah ayah mentua saya baik. Sehari sebelum akad nikah bekas suami saya dah buat per4ngai dengan menuduh saya ada hubungan dengan tok imam kerana malam tu saya selesaikan urusan di rumah tok kadi bersama ayah saya.

Baca Artikel Penuh