Patutlah kita rasa nak batuk je lepas makan limau mandarin, terlupa satu step ini

Patutlah kita rasa nak batuk je lepas makan limau mandarin, terlupa satu step ini. Benarkah limau mandarin boleh buat diri mengalami batuk? Melalui perkongsian dari seorang Ahli Kimia, ChM Doktor Fatimah Salim, ia adalah benar.

Hal ini kerana, limau mandarin mengandungi bahan kimia sulfur dioksida (SO2).

Ia digunakan sebagai pengawet pada buah limau Mandarin bertujuan mengekalkan kesegaran.

Namun, tidak perlu risau kerana kandungan bahan kimia tersebut adalah sedikit dan tidak melibihi dos yang dibenarkan (30 mg/kg) oleh badan bertanggungjawab antarabangsa.

Patutlah kita rasa nak batuk je lepas makan limau mandarin, terlupa satu step ini

BENARKAH LIMAU MANDARIN BIKIN BATUK?!

Benar.

Kulit limau Mandarin mengandungi bahan kimia sulfur dioksida (SO2). Bahan kimia SO2 ini digunakan sebagai pengawet (dalam bentuk gas atau garam terbitan) pada buah limau Mandarin bertujuan mengekalkan kesegaran dengan mengelakkan kulitnya berubah keperangan, juga menghalang pertumbuhan kulat.

Namun, jumlah SO2 yang digunakan adalah sedikit iaitu tidak melebihi dari dos yang dibenarkan (30 mg/kg) oleh badan bertanggungjawab antarabangsa.

SO2 dalam kuantiti yang sedikit ini pada kulit limau, tidak akan mendatangkan bahaya kerana badan kita mampu untuk detox secara semulajadi. Ianya selamat, sebab itu ianya dibenarkan sebagai pengawet pada makanan.

ELAK MAKAN BUAH LIMAU SECARA BERLEBIHAN

Gambar hiasan: Hanna Kuprevich – Shutterstock.

Cuma mungkin sebab limau Mandarin biasanya banyak dijual dengan harga yang murah semasa Tahun Baru Cina, belum lagi yang dapat berkotak-kotak secara percuma. Sudahnya buah limau yang dimakan juga mungkin berlebihan.

Jadi tidak hairan jika ada individu yang berasa sakit tekak, batuk, sakit dada atau kesukaran bernafas apabila mengambil limau Mandarin ini.

SO2 JUGA TERDAPAT PADA BUAH KERING, MINUMAN BERKARBONAT & BERALKOHOL
Sebenarnya selain daripada penggunaan pada limau Mandarin, bahan kimia pengawet SO2 juga digunakan dalam buah kering seperti kismis, prune, juga dalam minuman berkarbonat dan beralkohol.

Namun, apa-apa produk makanan yang mengandungi bahan kimia SO2 wajib meletakkannya pada label sebagai panduan untuk individu yang sensetif. Ini kerana individu yang sangat sensetif kepada SO2 terutamanya mereka yang mempunyai penyakit asthma berpotensi berhadapan dengan masalah pernafasan yang kronik.

CARA MENCUCI LIMAU MANDARIN

Gambar hiasan: Pexel.com.

Cuma biasanya pada kotak limau Mandarin tiada dilabel penggunaan bahan kimia SO2 ini. Maka, cara mudah untuk membuangnya adalah mencuci terlebih dahulu buah limau Mandarin dengan air sebelum dimakan.

Ini kerana bahan kimia SO2 mudah larut air (H2O) membentuk bahan kimia asid sulfurus, sejenis asid lemah.

BACA:

Puluhan ribu cikgu buat protes tuntut kerajaan naikkan gaji

Lelaki paut pada tong di lautan dah lebih 30 jam selepas dihanyutkan