Selain daripada memiliki kediaman, memiliki kenderaan sendiri juga merupakan perkara penting kerana memudahkan perjalanan kita untuk bekerja dan aktiviti harian lain.
Bagi sesiapa yang ingin membeli kenderaan, terutamanya motosikal, adalah penting untuk membaca perkongsian yang dibuat oleh Farhan Nordin.
Dalam perkongsian tersebut, beliau mendedahkan beberapa ‘penipuan’ yang sering dilakukan oleh kedai kenderaan.
Menurut perkongsian Farhan, terdapat kedai yang menjual motosikal pada harga yang tidak mengikut harga pelancaran, terutamanya apabila permintaan tinggi
. Selain itu, kedai juga akan menaikkan harga apabila pelanggan membuat pinjaman, dan terdapat yuran tersembunyi yang seringkali pelanggan terlepas pandang.
Yuran tersembunyi termasuk yuran pemprosesan wang dan kedai juga akan mendapat keuntungan daripada pinjaman yang diambil oleh pelanggan.
@farhannordin968 #motor #y15zr #rs150 #xmax #nvx155 ♬ original sound – farhannordin88
Oleh itu, jalan penyelesaian terbaik untuk mengelakkan membayar lebih kepada kedai adalah dengan membeli secara tunai.
Walaupun kedai mungkin mengatakan tiada stok jika dibeli secara tunai, namun anda tidak perlu terikat dengan pinjaman yang mempunyai harga yang dinaikkan oleh kedai.
Perkongsian video ini telah menarik perhatian ramai orang dan rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan yang dinyatakan oleh Farhan, terutamanya mengenai ‘markup’ harga yang dilakukan oleh kedai kenderaan.
Tidak hanya itu, beberapa netizen juga menyatakan bahawa tindakan pemilik kedai ini menyebabkan ramai orang terjerat dalam hutang.