PasLeaks : Hadi Awang jawab isu dokumen bocor

PasLeaks : Hadi Awang jawab isu dokumen bocor. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan tidak akan melayan sebarang isu berkenaan ‘PasLeak’ yang disifatkan sebagai surat layang semata-mata untuk memfitnah parti itu.

Beliau berkata, pihak yang sengaja mencetuskan isu tersebut hanya golongan loyar buruk yang berminat untuk melayan surat layang berkenaan.

Tegasnya lagi, tiada keperluan bagi pihak beliau untuk membuat penafian selepas penjelasan sudah dibuat Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, kelmarin.

“Masalahnya siapa yang buat surat itu pun kita tak tahu, jadi tiada guna kita dok layan (melayan) surat layang ni, nanti kita sama-sama melayang.

“Saya rasa hanya yang loyar buruk sahaja yang melayan surat layang ni, kerana dari segi undang-undang pun tidak lekat,” katanya dalam video di laman Facebook, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Samsuri dan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin menyifatkan PasLeak sebagai dokumen sampah sekali gus menafikan dakwaan wujud perbincangan dalaman untuk menjatuhkan beberapa pemimpin Umno.

Ianya selepas beberapa hantaran didakwa minit mesyuarat Pas yang mempunyai pelan atau gerak kerja parti itu untuk menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN) tular di media sosial baru-baru ini.

Antara nama yang disebut sebagai ‘perancang utama’ dalam dokumen itu ialah Naib Presiden Pas, dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, yang dikatakan mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti politik lain.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata terpulang kepada Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membuat laporan polis berkenaan isu terbabit kerana Pas kekal dengan pendirian untuk tidak melayan isu berkenaan.

Katanya, penyebaran PasLeak tidak menggugat hubungan parti itu dengan rakan komponen PN, sebaliknya mereka sentiasa berbincang dari semasa ke semasa. – Malaysiapost

TONTON :

BACA:

Menteri umum kuota haji Malaysia hanya 14,306 tahun ini

Lelaki ini kongsi rahsia cara jadi pembeli pertama nasi arab Chef Ammar

Baru umur 6 tahun tapi dah tumbuh payudara, terkejut ibu anak perempuan ni..

CATEGORIES