Pasca COVID-19 : Selangor peruntuk RM55.85b

Pasca COVID-19 : Selangor peruntuk RM55.85b

Kerajaan Selangor hari ini memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi fasa ke-3 bawah pelan pemulihan ekonomi negeri yang menumpukan 3 tonggak utama khusus untuk memacu pertumbuhan ekonomi pasca Covid-19.

Menteri Besar Amirudin Shari berkata, tumpuan itu adalah jaminan bekalan makanan, kemampanan ekonomi dan pembangunan keupayaan.

Ketika perintah kawalan pergerakan (PKP), kerajaan negeri melaksanakan 2 Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin bagi mendepani kesan wabak.

Bagi fasa pertama, bantuan kewangan diberikan secara terus kepada rakyat dan petugas barisan depan, petugas kesihatan, keselamatan, dan media pada peringkat awal PKP supaya dapat mengharungi kesusahan atau meringankan kesan.

Bagi fasa ke-2 pula, usaha tambahan bagi menangani isu sosial serta usaha ekonomi seperti Selangor Agro Market, Selangor E-Kitchen, dan Selangor Advance bagi mengadaptasi norma baru kehidupan.

“Sehingga hari ini, kerajaan negeri membelanjakan RM260.14 juta yang memberi manfaat kepada 3.5 juta rakyat Selangor atau 54% daripada jumlah keseluruhan rakyat Selangor.

“Pelaksanaan fasa ke-3 adalah sebagai daya tahan untuk Selangor membangunkan semula ekonomi selepas mengalami kejutan secara mendadak susulan penularan pandemik Covid-19 yang tidak pernah dijangkakan oleh mana-mana pakar ekonomi dunia sekali pun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi ke-3: Menyemarak Kebingkasan Rakyat Memacu Kesejahteraan Negeri di Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Jumlah keseluruhan nilai ekonomi bagi pelan pemulihan ekonomi Selangor ialah RM55.85 bilion.

“Dengan pengumuman pelan pemulihan ini, saya yakin Selangor akan jadi magnet bagi pekerjaan baharu, meningkatkan taraf hidup rakyat dan mengukuhkan ketahanan ekonomi supaya dapat menghadapi cabaran pada masa akan datang.

“Untuk mengembangkan pelaburan di Selangor, kita harus melabur dalam idea baharu supaya kita meningkatkan keyakinan rakyat negeri serta pelabur dari luar negara untuk meneruskan aktiviti ekonomi,” katanya.

Berita penuh :

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/07/13/pelan-pemulihan-ekonomi-selangor-pasca-covid-19-peruntuk-rm55-85b/