Pasangan suami isteri nekad cerai dan kahwin semula setiap tiga tahun. Sepasang suami isteri yang tidak bersetuju dengan penggunaan nama keluarga mereka mencapai persetujuan untuk bercerai dan berkahwin semula setiap tiga tahun.
Cara itu membolehkan mereka menggunakan nama keluarga masing-masing secara bergilir-gilir.
Undang-undang Jepun menyaksikan pasangan yang berkahwin perlu menggunakann nama keluarga isteri atau suami selepas berkahwin.
Pasangan suami isteri itu dilaporkan berasal dari bandar Hachioji di pinggir Tokyo dan mereka berkahwin selepas beberapa bulan bercinta.
Masalah mula timbul selepas si isteri berkeras untuk mengekalkan nama keluarganya, namun perkara itu tidak dipersetujui suaminya.
Pasangan itu kemudiannya bersengketa untuk suatu tempoh sebelum mencapai persetujuan.
“Suami saya beranggapan isteri perlu menggunakan nama keluarga suami dan saya langsung tidak bersetuju dengan perkara itu,” kata si isteri.
Pasangan itu berkahwin buat kali pertama pada 2016 dan menggunakan nama keluarga suami selama tiga tahun.
Selepas itu, pasangan itu bercerai pada 2019 dan berkahwin semula dengan menggunakan nama keluarga isteri.
Pada Julai tahun ini, pasangan itu dijangka bercerai dan berkahwin semula dan kali ini giliran menggunakan nama keluarga suami
TONTON :
BACA:
Hanya bercinta di PUBG selama 11 bulan, sekali jumpa tak sangka teman lelaki bukan orang biasa
Shuib berdepan masalah baru pula, badan dah makin susut tapi..