PAS UMNO buang prinsip demi rampas mandat rakyat

Ketika ini, PAS dan UMNO sedang bernafsu besar bagi memastikan MB Kedah milik PAS. PAS tidak malu apabila tidak diundi untuk menjadi kerajaan pada PRU-14, tetapi berusaha MERAMPAS MANDAT rakyat dari pintu belakang di negeri Kedah.

COVID-19, EKONOMI, DAP, MELAYU dan ISLAM hanya alasan PAS dan UMNO untuk mempertahankan kuasa yang mereka rampas, dan rundingan merampas kuasa terus berjalan dinegeri yang mereka belum kuasai.

Namun kita dapat lihat 5 unsur ini diketepikan oleh PAS/UMNO dalam beberapa langkah yang mereka aturkan

COVID-19 – Rampasan kuasa dan MANDAT RAKYAT bagi persekutuan dan negeri dibuat ketika mana COVID-19 sedang merebak didalam dan luar negara. PAKEJ RANGSANGAN PRIHATIN diumum dan dipolitikkan pembahagiannya sehingga kepada berlakunya siasatan oleh SPRM berkenaan anugerah projek RM30 juta kepada syarikat tidak layak. Sikap U-TURN bagi moratarium, pengumuman Menteri yang bercanggah dan kelayakan BPN menjadi isu besar dalam memerangi COVID-19.

EKONOMI – Ketika ramai rakyat hilang pendapatan, pekerjaan dan tertekan dengan keadaan ekonomi, kedudukan ahli Parlimen yang berpendapatan mewah dikukuhkan dengan jawatan GLC dan agensi kerajaan. PAS/UMNO tidak cakna dengan ekonomi rakyat dengan hanya bersetuju bersidang di parlimen untuk 1 hari sahaja. Parlimen amat penting bagi menentukan dasar kerajaan daalam menghadapi kesan COVID19 kepada ekonomi dan sosial rakyat.

DAP – UMNO/PAS mengatakan kerajaan mereka “KERAJAAN TANPA DAP”. DAP ini parti berdaftar dan sah dari segi perlembagaan negara. Buruknya DAP adalah dari orang didalamnya. Jila DAP ini benar-benar menjadi alergi, bagaimana PAS/UMNO boleh menerima ADUN DAP yang menyeberang untuk menyokong mereka? ADUN DAP yang mereka kutuk kerana BABI dan ROGOL diterima oleh PAS/UMNO.

MELAYU – Ketika bermulanya langkah RAMPAS MANDAT RAKYAT, dicanang KERAJAAN MELAYU dan BUMIPUTRA sebagai agenda utama. Namun kita dapat lihat, setelah mereka berkuasa komponen parti BN diberikan kedudukan seperti senator dan jawatan penting agensi kerajaan. MCA menolak agenda KERAJAAN BUMIPUTRA yang dicanang tanpa ada sanggahan dari MAYU UMNO dan PAS. Agenda MELAYU PAS/UMNO tidak berjalan dengan baik sepertimana berlaku di Melaka dan Johor. 2 Parti MELAYU dalam perikatan bersengketa dan saling memutuskan hubungan mereka.

ISLAM – ISLAM TERANCAM menjadi salah satu adu domba politik PAS/UMNO untuk menghalalkan langkah HARAM mereka. Mufti serta ulama dipergunakan untuk membersihkan dosa dan mengubah hukum. “PERIKATAN NASIONAL” diruqyahkan agar mahal harganya disisi mata penganut Islam. Isu pemandu mabuk, kilang arak, pembukaan operasi kedai nombor ekor tidak menjadi isu utama sebagaimana mereka belum berkuasa. Masjid dan solat berjemaah bukan agenda utama untuk mereka bawa isu Islam ketika COVID-19.

“sudah-sudahlah berpolitik”
“rakyat sudah muak dengan politik”

Ridhuan Esa
Ketua Pemuda AMANAH Tenggara
17 Ramadhan 1441H
10 Mei 2020

Sumber :