Pas-Umno anjur program politik di surau – Pemuda PH Lembah Pantai

Pemuda Pakatan Harapan Lembah Pantai hari ini membuat laporan polis kerana mendakwa Pas mengadakan program politik di Surau Madrasahtul Al Falah, Pantai Sentral Park.
Program ‘Penerangan Isu Semasa KenDurian Penyatuan Ummah’ itu akan diadakan pada malam ini (8 Julai 2019) itu membariskan beberapa pimpinan Pas dan Umno.
Ketua AMANAH Lembah Pantai Zulhafiz Zulkifli membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Kuala Lumpur jam 1.27 tengahari tadi.
Turut mengiringi beliau Ketua AMK Lembah Pantai Alias Ahmad.
Menurut Zulhafiz program tersebut dianjurkan Pas Kawasan Lembah Pantai dengan kerjasama Umno Kawasan Lembah Pantai.
”Saya telah terima melalui aplikasi whatapps daripada saudara Nasir.
“Saya sebagai Ketua Pemuda AMANAH Lembah Pantai mengambil inisiatif untuk membuat laporan polis kerana penyalahgunaan Masjid/Surau yang dijadikan sebagai tempat berpolitik.
“Ia juga berlawanan dengan titah YDPA tentang tidak menjadikan Masjid/ Surau sebagsai gelanggang politik,” ujarnya dalam laporan berkenaan dan mengharapkan pihak polis jalankan siasatan ke atas laporan dibuat Pemuda PH.
Poster tersebut menerangkan program penerangan isu semasa politik dan kenduri durian itu akan berlangsung di Madrasatul Al Falah Pantai Sentral Park jam 9 malam ini.


Berita penuh https://malaysiadateline.com/pemuda-ph-lembah-pantai-dakwa-pas-umno-anjur-program-politik-di-surau/