Pas seru ahlinya siap sedia hadapi PRU15 dengan norma baharu

Di tengah-tengah kegawatan politik negara, pucuk pimpinan PAS meminta akar umbi parti itu bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dalam suasana norma baharu Covid-19.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, akar umbi parti perlu mempunyai kesediaan menghadapi norma baharu itu termasuk tiada lagi aktiviti dan poster kempen jika pandemik masih menular.

“Jadi kita kena bersiap sedia dengan suasana baharu. Memanglah pada peringkat awal susah laksanakan norma baharu ini, namun lama-lama akan OK.

Tuan Ibrahim: Small PAS representation in Cabinet not an issue | Malaysia | Malay Mail

“Pelaksanaan norma baharu dirasai dalam kehidupan harian sekarang, malah turut melibatkan ceramah, mesyuarat serta perjalanan PRU15,” katanya menurut laporan Harakahdaily.

Tuan Ibrahim berkata, persidangan Parlimen dijangka diadakan bulan depan dan menjadi penentu sama ada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin boleh bertahan atau sebaliknya.

“Situasi politik sehari dua ini nampak tidak stabil khususnya setelah Umno meminta Ahli Parlimennya menarik diri daripada kerajaan PN,” katanya.

Persidangan Parlimen akan bermula dengan titah perasmian Yang di-Pertuan Agong disusuli usul undi percaya terhadap Muhyiddin.

Muhyiddin sebelum ini berkata, beliau masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen dan bersedia menghadapi usul undi percaya terhadapnya di Dewan Rakyat bulan depan.

Krisis politik timbul apabila Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mendakwa kerajaan pimpinan Muhyiddin hilang sokongan majoriti apabila Ahli Parlimen Umno yang “angkanya mencukupi” menarik balik sokongan.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/11/pas-seru-akar-umbi-sedia-hadapi-pru15/

BACA JUGA : Panas !!! Portal nafi siar berita seperti didakwa Speaker Dewan Rakyat

COMMENTS

Wordpress (0)