Pas sedia bersama Amanah dalam Muafakat Nasional

Pas bersedia untuk menerima Parti Amanah Negara (Amanah) menyertai Muafakat Nasional (MN) sekiranya parti itu tidak bersama dengan DAP dalam Pakatan Harapan.

Menurut Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, sama seperti yang berlaku kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysa (Bersatu), Pas menerima penyertaan parti berkenaan dalam MN selepas tidak mempunyai hubungan dengan DAP.

Mohd Amar berkata, seiring dengan realiti politik semasa yang dinamik, keutamaan perlu diletakkan pada kepentingan agama dan negara.

Pas sedia bersama Amanah dalam Muafakat Nasional

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sama seperti yang berlaku kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysa (Bersatu), Pas menerima penyertaan parti berkenaan dalam MN selepas tidak mempunyai hubungan dengan DAP.

“Sekarang ini kerana Amanah bersama DAP, itu isunya. Masa dulu kita tolak Bersatu kerana dia bersama DAP… bila mereka berpisah maka kita boleh berbincang, (apa akan jadi) masa depan kita tak tahu, tapi masa ini realitinya, politik ini dinamik dan kita pula lihat keperluan semasa dan kepentingan agama dan negara,” jelas Mohd Amar.

Beliau berkata demikian sebagai menyahut cabaran Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris yang membangkitkan penyatuan antara Pas dan Amanah.

UMNO sebelum ini memberi kata dua kepada Pas selepas parti itu dilihat mementingkan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) berbanding MN.

Walaupun Pas menegaskan bahawa MN perlu dikekalkan, UMNO sebaliknya menyifatkan Pas melanggari piagam yang dimeterai bersama.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang jelas bahawa hubungan MN bukan sahaja melibatkan Pas dan UMNO semata mata, sebaliknya, hubungan ke arah penyatuan ummah membabitkan parti Melayu lain dan badan bukan kerajaan (NGO).

Untuk itu MN, kata Abdul Hadi, tidak boleh diikat hanya antara Pas dan UMNO sahaja, sebaliknya, perlu meneroka ruang yang lebih besar iaitu melalui PN.

Mengambil kira kedudukan politik negara, ia tidak boleh mengenepikan prinsip majmuk dan tidak boleh mengikat UMNO dan Pas sahaja dalam MN yang bersifat eksklusif.

Mohd Amar juga berkata, tidak berbangkit soal MN diketepikan, sebaliknya, gagasan itu boleh dijadikan jambatan ke arah penyatuan bersama PN.

BACA JUGA : Disangka mencuri, remaja dicekik Polis disangka penjenayah
Kerajaan tidak akan tarik balik kelulusan lesen jual arak

CATEGORIES