Pas puji Muhyiddin tak tolak ansur dengan kleptokrat

Pas puji Muhyiddin tak tolak ansur dengan kleptokrat. Pas memuji ketegasan ditunjukkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak berkompromi dengan kumpulan kleptokrat yang cuba merosakkan dan menyalahgunakan kuasa pentadbiran negara.

Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP), Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, walaupun mentadbir negara hanya dalam tempoh yang singkat, Muhyiddin telah melakukan yang terbaik untuk kebaikan negara dan rakyat khususnya dalam menangani pandemik Covid-19.

“DUPP juga melahirkan kekesalan dengan kerakusan sesetengah pimpinan politik untuk mendapatkan kuasa tanpa mengira keresahan dan kesusahan yang sedang dihadapi oleh rakyat, sehingga membawa kepada suasana politik yang tidak stabil dan harmoni serta mendorong kepada peletakan jawatan Perdana Menteri bersama Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional.

Pas puji Muhyiddin tak tolak ansur dengan kleptokrat

BACA JUGA : Pas akan tetap istiqamah bersama Muhyiddin – Hadi

“DUPP juga menyambut baik ketegasan Muhyiddin untuk sesekali tidak berkompromi dengan kelompok kleptokrat yang cuba untuk mengganggu gugat proses pentadbiran negara serta menginginkan berlakunya penyalahgunaan kuasa,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook DUPP pada Isnin.

Istana Negara pada Isnin mengesahkan Muhyiddin dan seluruh Kabinetnya telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan menteri berkuat kuasa serta-merta.

Pada sidang akhbar khas yang diadakan pada Isnin, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, tindakan berkenaan diambil selepas dirinya telah hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

BACA JUGA : Jutaan rakyat rayu saya kekal PM – Muhyiddin

Dalam pada itu, Nik Muhammad berkata, DUPP merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Muhyiddin atas sumbangan dan keringat dicurahkan sepanjang memimpin Kerajaan PN selama hampir 18 bulan.

“DUPP mendoakan segala sumbangan yang telah diberikan oleh Muhyiddin serta seluruh jemaah menteri dan timbalan menteri diberkati dan diredai ALLAH. Semoga ALLAH anugerahkan yang terbaik untuk ummah dan negara,” jelasnya.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/155982/BERITA/Politik/Pas-puji-ketegasan-Muhyiddin-tidak-kompromi-kleptokrat

Artikel ini disiarkan pada 17/08/2021

COMMENTS