Pas ni ibarat bunyi macam guruh tapi tak hujan, kata Ibrahim Ali

Pas ni ibarat bunyi macam guruh tapi tak hujan, kata Ibrahim Ali.Pemimpin Pas diumpamakan ayam yang pandai berkokok tetapi tidak pernah bertelor, kata Datuk Ibrahim Ali, Presiden Putra.

Ia merujuk kepada pemimpin Pas yang pandai berkata-kata tetapi apabila diberikan amanah mentadbir negeri dan negara, tidak berhasil.

“Pas ni macam ayam berkokok tetapi tidak bertelor. Bunyi macam guruh tetapi tidak hujan,” kata Ibrahim dalam wacana khas beliau dengan Jeming Hassan malam tadi.

Oleh itu, kata beliau, jika rakyat Kelantan mahu mengubah kedudukan mereka di negeri itu, mereka perlu mengubah kerajaan.

Pas

“Kelantan kena cari pemimpin baharu. Kena ubah dalam pilihan raya akan datang ini. Kalau tak ubah lagi gak, tak tahulah,” kata beliau.

Bagi bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu, sudah sampai masanya rakyat Kelantan berbuat demikian selepas 30 tahun ditadbir oleh Pas dan Kelantan jauh ketinggalan dari negeri-negeri lain.

Namun Ibrahim memberikan ingatan, kalau kerajaan Pas Kelantan hendak diubah, alternatif yang baik perlu diberikan kepada rakyat.

“Kalau kerajaan Kelantan hendak diubah, kita perlu ada alternatif yang meyakinkan rakyat dan berjaya.

“Jangan pula ketika rakyat marah, mereka ubah, tetapi selepas itu pilih ikut suka sahaja tanpa penyusunan yang baik.

“Jika begitu, akan kembali kepada asal juga. Dua kali lima, lima kali dua,” kata beliau.

Bagi Ibrahim, pengalaman yang ada di Kelantan sudah cukup untuk memberikan pengajaran kepada rakyat agar Kelantan diubah kepada yang lebih baik.

“Kena buat pakatan. Saya sedia berbincang dengan mana-mana pihak tanpa apa-apa sekatan atau syarat,” kata Ibrahim yang pernah melancarkan gerakan sehingga kerajaan Pas pernah jatuh sebelum ini.

Berita Penuh :https://malaysiadateline.com/pas-umpama-ayam-berkokok-tetapi-tidak-bertelur/

Jika terlepas: 5 peratus ahli parlimen masih belum lengkap 2 dos vaksin

Artikel ini disiarkan pada 24/07/2021

COMMENTS

Wordpress (0)