Pas Kedah mahu isu pajakan Pulau Pinang dari Kedah dibincangkan secara serius

MENTERI Besar Kedah, YAB Muhammad Sanusi Md Nor semasa sidang Dewan Undangan Negeri Kedah pada 21 September 2021 yang lalu membangkitkan isu Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang ‘dipajak’ daripada Kedah.

Sehubungan itu PAS Kedah menegaskan dan menyokong penuh kenyataan yang beliau keluarkan adalah berasas dan bertanggungjawab demi kedaulatan Negeri Kedah, setelah sekian lama diabaikan faktanya oleh penulisan sejarah .

PAS Kedah juga menyokong saranan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) agar isu hubungan Kedah-Pulau Pinang harus dibincangkan dengan lebih serius serta melibatkan pelbagai pihak.

Pas Kedah mahu isu pajakan Pulau Pinang dari Kedah dibincangkan secara serius

Berdasarkan petikan buku oleh R. Bonney (1971) berjudul Kedah 1771-1821 – The Search for Security and Independent (muka surat 76-77).

“Bercanggah dengan kefahaman lama yang mengelirukan, Pulau Pinang sebenarnya tidak pernah dipajak atau dikurniakan mahupun diserahkan melalui apa-apa triti atau perjanjian yang bertulis.

Sultan Abdullah hanya memberi kebenaran sementara kepada Light untuk menduduki Pulau Pinang sehingga suatu masa apabila diterima jawapan yang tetap daripada pihak East India Company.

Tidak ada triti, persetujuan atau perjanjian bertulis untuk perkara tersebut, atau untuk perkara itu, tiada sebarang draf yang pernah dibuat, atau bermaksud untuk penyerahan sebarang wilayah, juga tidak ada bukti atau rujukan dokumen dalam mana-mana rekod.

“Pulau Pinang adalah sebahagian daripada Kedah seperti mana yang diketahui oleh East India Company sendiri dan Light menggunakan nama King George III Raja England untuk mengambil Pulau Pinang pada 11 Ogos 1786, Light bukan sahaja melanggar Undang-undang Antarabangsa menurut piawai orang Eropah malah telah menipu Sultan Abdullah juga.

“Dia melakukan itu tanpa melalui sebarang perjanjian atau triti yang betul dan rasmi, tanpa ada jawapan yang sempurna kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Sultan Abdullah dan Baginda dengan berpengetahuan penuh telah membenarkan Pulau Pinang diduduki atas asas sementara berpandukan kepada keputusan East India Company sebagai balasan memberikan perlindungan, dan dengan kefahaman Sultan Abdullah sekiranya perlindungan ini tidak diberikan, baginda akan membatalkan perjanjian itu.

“Justeru, pengisytiharan Pulau Pinang sebagai milik British adalah merupakan suatu jenayah kerana tidak pernah diberikan sebarang kebenaran lisan atau bertulis, dan bahawa sebenarnya Kompeni telah mencerobohi dan menduduki wilayah Kedah secara haram”.

Sehubungan itu, PAS Kedah menggesa agar perkara berkaitan perlulah diperbetulkan faktanya kerana jelas tidak terdapat perjanjian yang sah antara Negeri Kedah dengan mana-mana pihak berhubung dengan pendudukan Pulau Pinang dan ia juga bermakna Pulau Pinang masih sah sebahagian daripada wilayah Negeri Kedah Darul Aman.

Allah S.W.T berfirman:

وَلَا تَلۡبِسُواْ ٱلۡحَقَّ بِٱلۡبَـٰطِلِ وَتَكۡتُمُواْ ٱلۡحَقَّ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

“Janganlah kalian campur-adukkan antara kebenaran dan kebatilan, dan kalian sembunyikan yang benar padahal kamu mengetahuinya”.

(al-Baqarah: 42)

“اسلام ممڤركوكوه ڤرڤادوان”

SENATOR USTAZ AHMAD YAHAYA
Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah

Berita Penuh : https://harakahdaily.net/index.php/2021/09/25/isu-pajakan-pulau-pinang-dari-kedah-perlu-dibincang-serius/

BACA JUGA : Satu kerugian jika tak lantik Najib jadi Penasihat Ekonomi PM – Nazri

COMMENTS

Wordpress (0)